01 June 2011

Video seks : Perlunya tindakan sewajar terhadap pihak yang menayang - KJ

Wacana Sinar: Pendekatan berbeza isu video seks

K Pragalath
June 1, 2011

Ketiga-tiga ahli panel bersepakat menolak budaya fitnah namun mengajukan kaedah pengadilan yang berbeza.

SHAH ALAM: Isu rakaman seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menjadi isu hangat apabila ditimbulkan oleh seorang peserta forum Fitnah: Ancaman Umat Akhir Zaman anjuran Sinar Harian di sini semalam tetapi mendapat pendekatan berbeza cara menanganinya.

Meskipun tiga ahli panel – Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasruddin Hassan Tantawi dan mantan mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin – bersepakat menolak budaya fitnah namun mengajukan kaedah pengadilan berbeza.

Nasruddin umpamanya mengambil pendekatan hukum hudud dalam Islam.

“Tidak mengapa kalau buat tuduhan tapi perlu empat saksi. Dalam kes Anwar, Islam minta empat saksi yang adil bukan empat video,” katanya merujuk kepada video seks yang mula-mula ditayangkan di tayangkan di Carcosa Sri Negara pada Mac lalu.

Video tersebut dipertontonkan trio Datuk T – Datuk Shuib Lazim, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah yang mendakwa bahawa Anwar merupakan lelaki di dalam video tersebut.

Khairy menegaskan bahawa Umno tidak berniat untuk mengaibkan orang dan menambah perlunya tindakan sewajarnya terhadap pihak yang menayangkan rakaman tersebut.

Beliau bersetuju bahawa dalam hukuman hudud tidak boleh ditambah atau ditolak.

Empat saksi, 80 sebatan

“Zina perlu dibuktikan dengan empat saksi dan hukumannya 80 sebatan kepada penuduh, jika gagal membawa empat saksi,” kata Khairy.

Beliau berkata penyiasatan kes di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah melibatkan hukuman penjara tidak kurang dari tiga tahun dan hukuman sebat.

Khairy menambah bahawa permohonan qazaf yang dipohon oleh pihak PKR juga tidak menurut hukum hudud.

“Ia undang-undang takzir. Beban pendakwaan berbeza antara hukuman hudud dan hukuman takzir.

Nasruddin membalas bahawa permohonan qazaf adalah ruang untuk Anwar mempertahankan diri.

Asri pula bersetuju bahawa undang-undang Islam di Malaysia bersifat takzir tapi menegaskan keperluan empat orang saksi.

Beliau turut menyeru agar pihak berkenaan bersumpah untuk mengubah persepsi masyarakat dalam isu ini.

“Ucaplah wallahi, wabillahi, watallahi untuk ubah persepsi masyarakat,” ujar Asri.

Hampir 1,000 memenuhi auditorium Kumpulan Media Karangkraf yang mampu memuatkan 400 hadirin sahaja pada siri keempat ini

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive