Hampa menonton Buletin Utama TV3 yang melapurkan perkembangan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur pada siang hari Sabtu 9 Julai. Kalau 50 sen harga set TV sudah lama ia hancur. Ya, orang veteran yang tinggal jauh di utara tanah air macam saya ni, apa lagi yang dapat dilakukan selain daripada berdoa untuk kesejahteraan anak2 muda yang bersemangat ke KL sekalipun di ugut ditangkap.
Malah di TV sendiri disebut hampir 1,700 orang diheret ke balai. Jika yang ditangkap saja sudah hampir 2 ribu orang, masakan orang yang berhimpun hanya 6 ribu orang. Ha ha ha tergelak saya baca dakwaan sebuah akhbar pengampu.
Jadi, disamping berdoa, TV menjadi sumber maklumat. Memang seharian saya berdebar mengikuti perkembangan itu dengan iringan doa moga ia berupaya menjadi pemangkin ke arah pilihanraya bersih dan adil di negara tercinta ini. Itulah pakcik yang sudah tua ini dapat lakukan. Tapi 'hancus' punya TV, lapurannya buat jantung pakcik yang sudah sakit bertambah sakit.
Bagi rakyat yang mahu membuka sedikit minda agar bebas daripada media kongkongan pemerintah amat mudah membaca modus operandi tindakan polis bagi menggagalkan himpunan aman tersebut.
TV3 melapurkan keluhan warga kota terutama peniaga yang rugi jutaan ringgit kerana tiada pelanggan atau premis terpaksa ditutup, lantas dipersalahkan Himpunan Bersih 2.0 sebagai punca.
Hakikatnya pihak polis lah yang bertindak membabi buta menutup berpuluh2 jalan utama masuk ke KL dan memberi amaran keras untuk menangkap peserta himpunan.
Pengangkutan awam juga diarah menghadkan operasi atau membatalkan seluruh operasinya di pusat bandar KL pada hari itu. Skrin2 digital di lebuhraya juga buat pertama kalinya memaparkan amaran pihak polis agar rakyat tidak pergi ke perhimpunan itu. Ternyata ia adalah ugutan untuk menakut2kan rakyat yang hendak pergi ke perhimpunan tersebut.
Negara tiba2 menjadi seperti negara polis. Apa erti kemerdekaan, demokrasi dan keamanan yang dilaung2kan oleh UMNO BN kalau begini?
Malah dari awal lagi provokasi telah dilakukan kononnya telah dijumpai senjata2 berserta bahan2 untuk membuatnya dan baju T kuning bertulis 'BERSIH' sebagai justifikasi dengan himpunan tersebut.
Kemuncaknya, pastilah dengan mengkaldaikan media massa kongkongannya, khususnya surat khabar harian berbahasa melayu untuk melapurkan secara spekulatif dan provokatif bahawa KL hari itu akan diisytihar darurat. Habis, siapa yang berani bergerak lengang la KL.
Ini entah lah yang ke berapa kali akhbar Utusan Malaysia berani secara membabi buta mengambil risiko membuat berita spekulatif dan provokatif tanpa memikirkan risiko besar yang diundang oleh pemberitaan seperti itu. Etika kewartawanan dan pemberitaan di bakul sampahkan begitu sahaja oleh Utusan hanya semata mata kerana menurut telunjuk Umno BN kini yang sedang sakit tenat menggapai talian hayatnya. Utusan Malaysia hendaklah bertanggung jawab sepenuhnya kerana ia telah menyebabkan warga KL menjadi panik. Amat wajar tindakan keras dikenakan keatas Utusan Malaysia.
Amat sadis lapuran TV3 menyatakan gedung2 perniagaan, kedai2, warung2 lengang dan rugi jutaan ringgit akibat perhimpunan BERSIH hakikatnya adalah disebabkan oleh tindakan polis yang menutup jalan dan menghalang warga memasuki pusat bandar.
Ia disebabkan juga provokasi melampau media massa sejak awal lagi yang memberi tekanan dan ketakutan keatas rakyat agar tidak menyertai perhimpunan, walaupun telah diberi jaminan oleh penganjur bahawa ia adalah perhimpunan aman seperti mana berjaya dianjurkan ketika BERSIH 1.0 pada 2007 lalu.
Ratusan ribu warga malah jika tiada sekatan matlamat 2 juta rakyat yang pastinya setiap orang membawa sekurang2nya RM100 bersedia untuk berbelanja di KL pada hari itu.
Justeru itu lah penggerak Himpunan Bersih dari awal lagi memberi jaminan peniaga tidak akan rugi malah perniagaan akan untung berlipat kali ganda hatta yang menjual air sirap di tepi jalan tidak akan menang tangan pada hari itu.
Media tempatan mewawancaralah peniaga yang rugi itu yang sesetengahnya menyalahkan Himpunan Bersih. Ini lah modus operandi bagi mewujudkan situasi berkonflik antara peniaga dan penganjur Bersih, biarpun pencetus situasi itu adalah pihak berkuasa.
Peniaga dan warga kota dibiarkan memarahi dan memaki hamun penganjur BERSIH 2.0. Lempar batu sembunyi tangan.
Justru tidak keterlaluan jika dikatakan tindakan pihak berkuasa itu mirip tindakan Yahudi yang menindas rakyat Palestin. Yahudi menggunakan tektik yang sama menyekat, menutup jalan dan membuat tembok, membuat provokasi lalu kesengsaraan yang dialami rakyat Palestin dipersalahkan keatas rakyat Palestin sendiri.
Apa pun hakikatya Himpunan Bersih 2.0 telah berjaya mencapai matlamat secara minimum. Gerakan Himpunan Bersih 2.0 begitu mengggetar perasaan (touching). Ia menyentuh hati nurani rakyat yang cintakan kebebasan dari seluruh negara.
Tinjauan awal akhbar The Star membuat pungutan suara mendapati hampir 1.6 juta rakyat menyokong BERSIH 2.0 berbanding yang menentang hanya 14 ribu. Berhempas pulas pula pihak berkuasa samaada melalui polis atau media massa sejak awal lagi memberi penentangan terhadap Himpunan Bersih sudah cukup membuktikan Himpunan ini mendapat sokongan majoriti rakyat berbilang kaum tetapi disembunyikan.
Reaksi cemas dari awal itu pasti menggambarkan Umno BN begitu takut dan cemas dengan kebangkitan rakyat yang akan mempusarakan UMNO dari tampuk kuasa dalam masa terdekat.
Seperti ungkapan Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang juga menjadi mangsa tangkapan, Himpunan Bersih 2.0 ini hanya mukadimah. Pastinya tsunami hebat akan berlaku bila2 masa bergantung kepada tindak balas pemerintah khususnya berhubung reformasi dalam proses pilihanraya.
Jika Najib Razak dalam kegelabahan boleh memberi ucapan tahniah kepada polis kerana dianggap satu kejayaan operasi mereka, maka rakyat juga boleh memberi ucapan tahniah dan syabas kepada lebih 50 ribu rakan mereka yang kental menyahut cabaran menjayakan perhimpunan tersebut. - Harakah
No comments:
Post a Comment