24 August 2011

hahahaha mesti mamat ni dah tak tahan tengok tu .... peluk raba pelajar perempuan atas bas

Penumpang tahan lelaki peluk, raba pelajar perempuan atas bas

SANDAKAN, 24 Ogos — Tindakan berani beberapa penumpang sebuah bas berjaya membawa kepada penangkapan seorang lelaki yang meraba seorang pelajar perempuan kolej swasta di dalam bas itu di sini semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 4 petang, ketika mangsa yang berusia 20 tahun menaiki sebuah bas dari Terminal Bas di Bandar Sandakan untuk pulang ke rumahnya di Kampung Gum-Gum di Batu 16.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan Supt Fadzil Mohd Ali berkata, seorang penumpang lelaki kemudian duduk di sebelah mangsa dan ketika dalam perjalanan, lelaki itu membawa pelajar perempuan itu bercerita dan tiba-tiba memeluk dan merabanya.

“Beberapa penumpang lain dalam bas itu bertindak membantu menangkap lelaki itu selepas mangsa menjerit meminta pertolongan.

“Lelaki itu kemudian diserahkan kepada anggota polis peronda apabila bas itu berhenti di sebuah perhentian bas di Batu 4,” katanya dipetik Bernama Online.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive