Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini meminta ketua Wanita PKR mengemukakan bukti jelas berhubung dakwaannya bahawa program pemutihan pekerja asing mensyaratkan mereka membaca 'skrip bersumpah' yang menyokong BN.
Ketua setiausahanya Tan Sri Mahmood Adam berkata, jika tidak Zuraida Kamaruddin harus membuat laporan polis berhubung dakwaan yang dinyatakan itu.
"Susulan laporan (akhbar) tersebut, KDN menyifatkan dakwaan Zuraida sebagai satu tuduhan berat kepada kepentingan negara...," katanya.
Zuraida pada 16 Ogos lalu dilaporkan mendakwa mendapat 'skrip bersumpah' yang jelas daripada anggota PKR yang menyelinap masuk ke lokasi tertentu.
Justeru, anggota parlimen Ampang itu menyifatkan program itu sebagai muslihat untuk menyeludup pengundi, sekali gus "cubaan untuk menjual kedaulatan negara".
Katanya, Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (6P) adalah inisiatif nasional yang tidak bermotifkan politik, sebaliknya bertujuan mendapatkan data biometrik pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk rasional keselamatan.
Usaha itu, tambahnya, penting dalam menangani masalah membabitkan kes-kes pemalsuan identiti dan dokumen perjalanan antarabangsa.
Mahmud juga berkata data biometrik yang diperoleh daripada program itu juga dapat meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan terhadap PATI dan terbukti berjaya menangani jenayah rentas sempadan.
Jenayah seperti pemerdagangan orang, penyeludupan manusia dapat dikurangkan sejak sistem biometrik dikuatkuasakan di semua pintu masuk negara, katanya.
No comments:
Post a Comment