09 December 2011

AMK seluruh negara buat laporan polis terhadap Papagomo pemfitnah ... Hampa ingat polis nak siasat tak?

(Oleh: Nabihah Hamid)

KUALA LUMPUR: Angkatan Muda KEADILAN akan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah terpilih di seluruh negara terhadap penulis blog Pro-Umno, PapaGomo petang ini.

Menurut Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin, tindakan itu bagi memberikan tekanan kepada polis agar segera menyiasat penulis blog tersebut yang sering menyebarkan fitnah terutama membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tindakan blogger peringkat melampau, fitnah yang disebar ini seolah menunjukkan beliau tidak boleh disentuh. Hari ini kita memberi isyarat kepada polis dan membangkitkan satu persoalan, apakah polis akan mendiamkan diri walaupun berpuluhan laporan polis dibuat?” katanya kepada KeadilanDaily.

Katanya jika tiada sebarang tindakan dibuat terhadap blogger tersebut ini jelas menunjukkan segala fitnah yang dilemparkannya mendapat restu dari Umno BN.

Laporan polis akan dibuat serentak jam 2 petang ini di IPD Shah Alam, IPD Ipoh dan IPD Seremban 2, IPD Batu Pahat, beberapa tempat di Sabah dan Sarawak.

Sementara itu Ketua AMK Selangor, Irwan Ismail berkata AMK menolak politik jahat yang dibuat penulis blog pro-Umno dan menyifatkan pemerintah sebagai tidak mempunyai modal untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat.

“Mereka tidak ada modal lain, hanya mampu memfitnah, tidak mempunyai fakta yang kukuh dan AMK Selangor menolak sekeras-kerasnya fitnah yang dilemparkan oleh blogger tersebut.”

Terbaru seorang kolumnis media, Amin Iskandar membuat laporan 6 Disember lalu terhadap PapaGomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri bin Wan Deris di Balai Polis Jalan Travers, Kuala Lumpur.

Dalam laporan polisnya, Amin berkata, PapaGomo dalam blognya menuduh beliau kononnya dicabul Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedangkan kenyataan itu adalah fitnah.

Sebelum ini AMK turut mendesak pihak polis mengambil tindakan segera terhadap individu dan penulis blog pro BN kerana menyebar video seks fitnah, yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim.

Walaupun pelbagai desakan dan bantahan dibuat terhadap mereka, namun Polis tidak mengambil sebarang tindakan terhadap mereka terutamanya PapaGomo.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=24217

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive