SHAH ALAM- Pemuda Pas menggesa Umno Pulau Pinang memohon maaf kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan kakitangan kerajaan negeri itu di atas tindakan mereka menghadiahkan kek berupa najis manusia sempena hari kelahirannya.
Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda Pas, Mohd Sany Hamzan berkata, perbuatan 'biadap' dan tidak bertamadun itu dianggap menghina Guan Eng sebagai ketua menteri.
"Sebagai parti yang dikatakan mewakili orang Melayu Islam, tindakan menghadiahkan sesuatu di atas niat untuk menghina orang lain termasuk kepada orang yang bukan Islam adalah bersalahan dengan hukum agama apatah lagi dengan tata susila bangsa Melayu yang terkenal dengan baik pekerti dan halus budi.
Selain itu, beliau juga meminta supaya Presiden dan Majlis Tertinggi Umno menasihat dan mengambil tindakan tegas terhadap Umno Pulau Pinang agar kejadian sama tidak berulang dan dapat menjadi ikhtibar kepada pemimpin Umno di negeri lain.
"Mereka juga telah memberikan imej buruk orang Melayu Islam sebagai orang yang lemah lembut, berbudi pekerti dan berjiwa besar kepada orang lain terutamanya kepada orang bukan Islam. Berpolitik biarlah dengan cara yang sihat dan bukan dengan dendam kesumat," ujarnya.
3 comments:
Seluruh rakyat Malaysia dan masyarakat dunia boleh lihat dan menilai betapa hudohnya akhlak umno. Peristiwa ini eloklah dimasukkan ke dalam guines world book record, bagi menunjukkan kejayaan umno mentadbir Malaysia kearah negara maju 2020, tetapi rakyatnya masih ada lagi yang tidak bertamaddun.
Namun saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat khususnya umno Pulau Pinang dan kaum mamak (YANG TERLIBAT SAJA).
Bilamana khir toyo hadiahkan pe nyapu kepada pegawai kerajaan Negeri Selangor PRU 2008 umno Selangor lingkup, diharapkan apabila umno P Pinang hadiahkan 'taik' kepada pegawai kerajaan P Pinang kita harapkan umno Malaysia binasa dan putra jaya jatuh,
inshaAllah.
Akhlak hudoh, perangai buruk, peribadi jahat, amalan tak bertamaddun terlalu sinonim dengan umno.
Ya Allah, hancur binasakan lah golongan yang menzalimi ini sebagaimana Engkau telah membinasakan kaum firaun dizaman Nabi Musa, amin.
Kepada PPR Dewan Pemuda PAS (Sany Hamzan); saya telah menjadi ahli umno sejak 1982, saya harap saudara jangan libatkan perbuatan itu dengan MELAYU ISLAM, sebab saya orang Melayu dan akhlak orang Melayu tidak seperti itu, saudara boleh katakan " mamak keturunan India Muslim" bagi menggantikan Melayu Islam. Harap maaf.
untuk pengetahuan saudara ahli umno sejak 1982.semua org 1 malaysia...malah satu dunia yang mengikuti siaran berita tersebut..dengar dengan jelas..perkataan org melayu yang diungkapkan beberapa kali w/pun mereka bukan org melayu sejati..(mamak).tak perlu saudara nak betulkan benda yg salah.lebih baik saudara ahli sejak 1982 pergi NASIHATKAN depa2 tu....dah perangai huduh dan bodoh...takde org layan...dia makan sendiri "najis" yg dibawa...tak ke jijik perangai tu...melalak2 dalam office takdak sapa nak layan..sebagai org MELAYU ISLAM...mmg jijik dengan perangai depa2 semua ni..konon berpolitik tapi hampeh..otak kat kepala lutut..ceh!
Post a Comment