03 December 2011

Isu Ogy saman Johan : Apa kata Johan ...

Umum telah pun mengetahui desas-desus yang mengatakan Fauziah Ahmad Daud atau Ogy ingin menyaman malu Johan Raja Lawak kerana beranggapan pelawak ini telah dengan sengaja menghina dirinya dan juga kedua ibu-bapanya ketika mereka sama-sama mengacarakan malam kemuncak Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) pada 20 November lalu.

Bukan itu sahaja, Ogy juga mendakwa Johan bertindak kurang ajar kerana mempersenda Tahun Gajah iaitu tahun kelahiran Nabi Muhammad.

Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh sebuah akhbar berbahasa Melayu baru-baru ini, Johan telah pun memberikan kenyataan yang dia benar-benar terkejut dengan isu saman ini. Jelas Johan dia tidak sangka Ogy mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap dirinya. Ini kerana sebaik FFM24 berakhir, dia telah memohon maaf kepada Ogy seandainya ada kata-katanya mengguris hati.

Namun, Johan enggan mengulas lanjut kerana sehingga kini dia masih belum mendapat sebarang surat saman daripada mana-mana peguam.

Sementara itu, isteri kepada pelakon dan pelawak ini, Ozlynwati, turut mengambil pendekatan yang sama dengan Johan. Ozlyn yang dihubungi sebentar tadi memberitahu baik Johan dan dia tidak mahu mengulas lanjut kerana bimbang kenyataan mereka boleh menjejaskan kes sekiranya perkara ini benar-benar ke mahkamah.

“Buat masa ini Johan memang tidak mahu keluarkan sebarang komen. Saya juga tidak mahu. Johan pun belum terima sebarang surat saman. Tunggulah kalau semua sudah jelas nanti, pasti Johan akan maklumkan kepada pihak media. Saya harap pihak media faham dengan situasi ini. Bukan kami mahu mengelak, tetapi kami sendiri tidak tahu hendak komen macamana,” ulas Ozyln ringkas.

Ditanya sama ada Johan ada menghubungi Ogy untuk berbincang, Ozlyn enggan mengulas lanjut. - gua.com

4 comments:

Anonymous said...

memang patut pun johan di saman, perasan lebih ...lawak tak ada 'class' langsung..muak..nampak macam tak membantu industri langsung...menambah kemuakan penonton ..ada...ini ke produk yang yang di terbitkan dan dibanggakan oleh 'astro'? macam taraf kelas pemulihan aje..lawak budak darjah satu daa...hi hikk...uekk...

Anonymous said...

ala ogy pun sama.. lazer tak kena gaya. mana ada pun ayat yang johan hina mak bapak ogy.. ogy tu perasan jer lebih.. saja nak publisiti murah. pooodahhh cit..

Anonymous said...

ogy tu lagi perasan bagus.. dok pukul canang lagi masa dia terima award best actress dulu-dulu tu.. zaman dah berlalu la minah oiii..

honestly, kalau takder johan, macam hampeh festival malaysia tu.. harapkan ogy, dok perasan tak habis2 lagi macam la hebat sangat dia tu..

Anonymous said...

k.ogy..tolongla...dulu2 pun akak mcm tu jugak....dok mengutuk org..la ni.rasakan la...hidup ni bagai roda...inikan dugaan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive