
“Bukan meletakkan jawatan dari AirAsia. Apa yang saya katakan ialah dalam 10 tahun lagi, kita harus bersedia untuk (menerima) kepimpinan baru dan masa saya (untuk berundur kelak) semakin hampir,” kata beliau menerusi mesej Twitter sekitar 7.40 petang tadi.
Laporan Bernama awal hari ini menyebut Fernandes telah membayangkan yang beliau akan meletakkan jawatan sebagai ketua syarikat penerbangan tambang murah itu.
“Ya, kesemua tiga daripada kami (pengerusi Datuk Aziz Bakar dan timbalan ketua pegawai eksekutif Datuk Kamaruddin Meranun) kena pergi bersama,” katanya lagi.
No comments:
Post a Comment