23 February 2012

Himpunan Hijau 2.0 : Padang MPK dipagar

KUANTAN 23 Feb: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh percaya ada tangan tersembunyi di sebalik tindakan memagar tapak himpunan Hijau 2.0, bertujuan menghalang bantahan loji memproses nadir bumi oleh Lynas Advanced Materials Plant (Lamp).
Dalam satu kenyataan, Fuziah berkata, padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), mula dipagar pihak berkuasa secara tergesa-gesa bagi menghalang himpunan tersebut yang bakal berlangsung di lokasi itu, Ahad ini.
“MPK bertindak seperti yang tidak sepatutnya, yang menggambarkan seolah-olah tindakan terdesak sesetengah pihak yang dipercayai di belakang kerajaan negeri.
“Dua hari lalu, notis memaklumkan MPK akan menganjurkan perlawan Futsal di padang berkenaan dan hari ini, ini pula,” katanya.

Menurutnya, beliau telah menghubungi pejabat MPK dan dimaklumkan pagar berkenaan didirikan kononnya bagi menaik-taraf padang MPK1 untuk acara SUKMA yang dijadualkan pada Julai 2012.
“Nampaknya ada tangan tersembunyi dalam seluruh plot ini. Justeru, saya gesa MB (Datuk Seri Adnan Yaakub) supaya tidak bercakap dengan lidah bercabang.
“Beliau berkata kehadiran berama-ramai orang ke Kuantan untuk Himpunan Hijau 2.0 adalah baik untuk ekonomi tempatan. Malah, beliau juga berkata dirinya mungkin datang ke majlis itu pada Ahad ini,” kata Fuziah.
Menurut beliau, penangguhan dua hari bagi membina pagar itu tidak akan menjejaskan kerja-kerja menaik-taraf padang berkenaan dan mengulangi desakan supaya Adnan mengotakan janjinya.
Tambah beliau, tidak ada sebarang alasan pihak berkuasa tempatan tidak memberi kebenaran supaya perhimpunan anti Lynas itu diteruskan sepertimana kebenaran diberikan ke atas penganjuran konsert Jom Heboh.
“Adalah pilihan terbaik bagi mereka membenarkan padang itu digunakan untuk perhimpunan aman, demi solidariti rakyat daripada membiarkan orang ramai turun ke jalanan,” tegasnya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=27062

1 comment:

Anonymous said...

Ini le perangai busuk dan dengki hati orang melayu bangang orang nak buat himpun aman hijau umno bn yahudi tak bagi, dasar umno melayu hati yahudi laknatullah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive