03 June 2012

DS Nizar - WWW 1 : Ni la kerja orang yang tak dak kerja

Pelbagai pihak di Johor terus mengecam tindakan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mempertikaikan bidaan nombor pendaftaran WWW1 oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. 

Hari ini lebih 500 anggota 26 badan bukan kerajaan mengadakan perarakan kira-kira tiga kilometer dari Menara Landmark ke Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Selatan bagi mengecam tindakan Mohammad Nizar itu.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Johor Baharu Khaled Mohamad berkata perarakan secara aman itu bertujuan menyampaikan memorandum kepada pihak berkuasa agar mempercepatkan siasatan mengenai isu berkenaan.



"Penduduk di negeri ini marah dan kesal dengan kebiadaban Mohammad Nizar dan mahu tindakan tegas diambil terhadap beliau supaya menjadi pengajaran kepada pihak lain," katanya kepada pemberita.


Isnin lepas, Mohammad Nizar, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, mempersoalkan pembelian nombor pendaftaran kenderaan WWW1 oleh Sultan Ibrahim dalam Twitternya.

Sementara itu, lebih 100 anggota Gerakan Belia 4B Johor dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia negeri turut berarak kira-kira 100 meter dari Pusat Penerangan Pelancongan Johor sehingga luar pekarangan Istana Besar.

Pengerusi Gerakan Belia 4B negeri Syahrin Md Jamaluddin meminta masyarakat menilai sikap sebenar segelintir pemimpin pembangkang yang sanggup mempertikaikan Raja-Raja Melayu di negara ini.

Bernama

5 comments:

Anonymous said...

Ini smua beruk matyeh.Bkn faham knyataan terbuka dgn menghina.Semasa Malaysia menghantar angkasawan ke angkasa lepas ada ramai org mengatakan alangkah baik ny wang sbnyk itu di labur kn utk mmbantu rakyat dr menghantar seorang individu ke angkasa lepas yg di ketahui tidak membawa sebarang faedah kpd rakyat terbnyk

Anonymous said...

cube le selak2 arkib berita, berapa banyak dan macamana sekali institusi raja-raja melayu telah diperlakukan oleh puak2 gerombolan! Imuniti dah diusik, malah Kesultanan Kelantan dimalukan dengan pertabalan raja lain... Siapa derhaka???!!

Anonymous said...

Lain manusia, berlainan citarasanya. Walaupun darah tetap sama warnanya cuma yang berbeza jika sihat atau sakit. Sakit bermacam-macam penyakit,yang paling teruk ialah ego dan membanggakan diri dan keturunan.Kecuali orang Arab kerana bahasa mereka akan dilaksanakan diAkhirat nanti.Melayu elek poochi.

Anonymous said...

Depa kata duit dia, dia punya sukalah nak buat apapun. Awat, depan Allah taala boleh ka jawab macam tu. Bila Allah taala tanya, "duit ni hang buat apa?" Dia pun jawab,"saya beli nombor plat, Ya Allah".Boleh jawab lagu tu? Itulah sebabnya orang bagi nasihat supaya di sana nanti tak ada sebarang masalah untuk jawab soalan. Sekarang ni orang yang bagi nasihat pula yang dipersalahkan. Ada ka patut?

Anonymous said...

tau takpe . baik la duet beratus ribu tu buat bantu org miskin yg merempat . kau ingat org2 miskin tu tak sedih ke tgk korg gune duet mcm gune air ?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive