Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diminta mengkaji semula pelantikan bekas ketua setiausaha negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan sebagai pengerusi Petronas.
Ketua Umno Cheras Datuk Syed Ali Syed Abas Alhabshee (kanan) berkata, jawatan itu Petronas sepatutnya dipegang golongan profesional dan tidak semestinya bekas pegawai tinggi kerajaan yang sudah bersara.
"Saya bimbang pelantikan tersebut akan menimbulkan rasa kecewa sesetengah pihak termasuk bekas pemimpin-pemimpin politik," ujarnya.
Langkah itu juga katanya, bagi mengelak timbul anggapan umum bahawa mana-mana pegawai tinggi kerajaan yang sudah bersara telah disediakan jawatan baru dengan pendapatan yang lebih lumayan.
"Semasa berkhidmat dengan kerajaan, mereka menerima gaji yang tinggi dan pencen yang sudah mencukupi, sepatutnya jawatan tersebut diagihkan pula kepada golongan profesional atau pun bekas-bekas pemimpin politik," tegasnya.
Bagaimanapun, katanya, gesaan itu tidak bermasuk mempertikaikan kewibawaan Mohd Sidek tetapi hanya mahu perdana menteri menimbang semula keputusan itu, menurut blog Umno Cheras.
Perdana menteri pada satu majlis makan malam penghargaan sempena persaraan Mohd Sidek di Kuala Lumpur malam tadi mengumumkan bekas KSN itu sebagai pengerusi baru Petronas, yang akan berkuatkuasa sebaik selesai beberapa urusan dalaman.
Suara dari akar umbi
Bercakap kepada media selepas merasmikan karnival NGO dan swasta parlimennya di Cheras pagi ini, umum akan melemparkan tuduhan bahawa kerajaan hanya menjaga kepentingan bekas pegawai tinggi kerjaan yang sudah bersara.
Sedangkan kata Syed Ali, banyak golongan profesional dan bekas pemimpin politik apabila bersara tidak mendapat kedudukan istimewa atau ditawarkan jawatan penting dalam mana-mana syarikat milik kerajaan.
"Saya hanya memberikan pandangan berdasarkan suara di bawah, kerana khuatir pelantikan tersebut boleh menimbulkan rasa kecewa dan marah rakyat kepada kerajaan," ujarnya.
Katanya, rakyat tidak akan melakukan protes secara terbuka tetapi apabila mereka 'marah dalam diam' sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada kredibiliti kerajaan menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13.
Bagaimanapun kata beliau, terserah kepada perdana menteri untuk membuat keputusan muktamad berhubung perkara tersebut. - Malaysiakini
3 comments:
Selamatkan aset negara,selamatkan Petronas.. PR please do something.
najib buat lawak ke ni? tolonglah najib... jangan buat keputusan bodoh macam ni! petronas tu... bukan pengurus stesen minyak!
Adakah Sidek Hassan layak dan cukup kompiten utk menjadi pengurusi Petronas? Adakah beliau cukup mahir dlm mengendali syarikat petrolium dan gas? Beliau ada tak pengalaman dan pengetahuan tentang dunia bisnes gas dan petrolium? Kalau ada pun,sedalam mana kah ilmu pengetahuan beliau?
Post a Comment