10 July 2012

Lagi pendedahan Rafizi mengenai projek LRT Ampang - ada kaitan rupanya dengan syarikat Scorpene

(Oleh Sidiqin Omar)
KUALA LUMPUR 10 Julai: Sebuah ‘syarikat Perancis’ yang terlibat dalam urusiaga Scorpene 10 tahun lalu, memiliki kepentingan dalam empat daripada lapan pembida projek kontroversi LRT Ampang.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan, salah satunya adalah Konsortium George Kent, yang menerima kontrak penyambungan LRT Ampang bernilai RM1.1 bilion ringgit.
George Kent diterajui rakan golf Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu Tan Sri Tan Kay Hock.
Dalam ceramahnya di Kompleks Muhibbah Taman Nirwana, baru-baru ini, Rafizi berkata, George Kent hanya berminat mendapat keuntungan ‘atas angin’ dalam projek berkenaan, sedangkan ia dijalankan syarikat Perancis yang terbabit dalam urusniaga Scorpene.
“Syarikat Perancis itu juga ada kepentingan tinggi dalam George Kent dan membekal lokomotif gerabak untuk projek MRT.
“Dari segi teknikal, projek MRT dilihat diserah kepada George Kent dan Tan Kay Hock, tetapi sebenarnya dijalankan syarikat Perancis itu,” katanya.
Menurut Rafizi, syarikat Perancis itu berpengalaman dalam industri mekanikal dan kejuruteraan tinggi, termasuk pernah membina kapal selam, lokomotif dan landasan keretapi. Bagaimanapun katanya, beliau akan mendedahkan nama ‘syarikat Perancis’ tersebut pada masa yang sesuai.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=32521

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive