24 July 2012

Nak beli kereta murah? ... tunggu lepas PRU 13

PETALING JAYA, 24 Julai — Pakatan Rakyat akan menghapuskan duti eksais kereta jika menang pilihan raya, kata Pengarah Strategi PKR, Ramli (gambar) hari ini.
Katanya, perkara ini sudah dibincangkan oleh pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat dan akan dibawa secara serius untuk dijadikan manifesto untuk pilihan raya akan datang.
Berdasarkan laporan pendapatan isirumah 2009, 71.9 peratus isirumah di seluruh Malaysia menggunakan kereta sebagai pengangkutan utama.
“Tetapi pendapatan isirumah seluruh Malaysia, 53 peratus daripadanya berpendapatan kurang dari RM3,000 dan ini amat membimbangkan kerana beban dari duti eksais ini menyebabkan rakyat terbeban, disamping perbelanjaan yang lain,” kata Rafizi dalam sidang media tersebut.
Katanya, kerajaan mempunyai peluang untuk menurunkan harga kereta selepas Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) pada tahun 2005 menghapuskan duti import, sebaliknya menurut Rafizi, Dasar Automotif Nasional, diperkenalkan dengan duti eksais yang membebankan.
“Harga kereta yang sangat tinggi kerana duti eksais ini sedangkan pendapatan isirumah rendah, dan menyebabkan rakyat terpaksa membayar 50 peratus daripada pendapatan hanya untuk kereta.
“Jumlah hutang kereta kini adalah hutang kedua tertinggi selepas hutang rumah, dan kereta ini, kerana sistem pengangkutan awam negara yang tidak baik, menyebabkan rakyat terpaksa bergantung kepada kereta untuk bergerak.
“Adalah tidak adil untuk rakyat meminjam bank pada kadar faedah yang tinggi semata-mata hanya mahu membayar cukai duti eksais yang tinggi.
“Contohnya, jika saya nak beli kereta Kancil sahaja, jumlah duti eksais saya perlu bayar berjumlah RM16,000, dan ini satu dasar regresif yang tidak membantu rakyat,” kata Rafizi lagi.
Beliau juga memohon Khairy Jamaludin untuk menjawab soalan ini kerana beliau dikatakan mempunyai pengaruh yang kuat dalam Dasar Automotif Negara.

1 comment:

Anonymous said...

salam,

Mulakan dgn kereta malaysia, proton prevee yang harga bukan-bukan pun sudah dgr cakap2 negatif mengenainya.

KLIK Hapuskan orang tengah demi persaingan sihat

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive