PETALING JAYA, 24 Julai — Pakatan Rakyat akan menghapuskan duti eksais kereta jika menang pilihan raya, kata Pengarah Strategi PKR,
Ramli (gambar) hari ini.
Ramli (gambar) hari ini.Katanya, perkara ini sudah dibincangkan oleh pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat dan akan dibawa secara serius untuk dijadikan manifesto untuk pilihan raya akan datang.
Berdasarkan laporan pendapatan isirumah 2009, 71.9 peratus isirumah di seluruh Malaysia menggunakan kereta sebagai pengangkutan utama.
“Tetapi pendapatan isirumah seluruh Malaysia, 53 peratus daripadanya berpendapatan kurang dari RM3,000 dan ini amat membimbangkan kerana beban dari duti eksais ini menyebabkan rakyat terbeban, disamping perbelanjaan yang lain,” kata Rafizi dalam sidang media tersebut.