20 February 2013

Mai tengok - Treler Jelajah Negara Berkebajikan PAS dilancar esok

Muhammad Faizal,20 Feb 2013


KUALA LUMPUR: PAS akan memulakan Program Jelajah Negara Berkebajikan mulai esok apabila treler yang digunakan bagi program tersebut telah siap sepenuhnya.

Penyerahan jentera Jelajah Negara Berkebajikan itu akan dilakukan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Pejabat Agung PAS, jam 1 petang esok sebelum memulakan perjalanan ke Kedah.

PAS melalui progam Jelajah Negara Berkebajikan akan memulakan program sulung, hi-tea di Kubur Panjang, Pendang, Kedah pada 22 Februari, bermula jam 4 petang bersama Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan bekas pelakon Abby Abadi.

Selepas itu treler tersebut meneruskan perjalanan ke Alor Setar bagi program Sambutan Tahun Baru Cina bersama Presiden PAS, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak dan barisan Exco Kerajaan Kedah pada jam 9 hingga 12 malam.

Manakala pada 23 Februari treler berkenaan akan menjelajah kesemua Dun yang berada dalam kawasan Alor Setar, Kuala Kedah, Jerai dan Sik sebelum program ceramah perdana di pekan Pendang jam 9 hingga 12 malam bersama Timbalan Presiden PAS, aktivis sosial, Hishamuddin Rais dan artis jemputan, Ito dan Nik Jidan.

Treler Jelajah Negara Berkebajikan itu memerlukan kurang 30 minit proses pemasangan bagi menjadikannya lengkap untuk pentas ceramah akan kembali ke Kuala Lumpur pada 24 Februari (Ahad) dan diserahkan kepada Jabatan Pilihraya PAS Pusat (JPP) untuk program jelajah seterusnya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive