17 March 2013

6 tokoh Imam Muda isytihar sokong PAS



Harakahdaily,16 Mac 2013

KUALA LUMPUR: Seramai enam tokoh Imam Muda mengisytiharkan sokongan kepada PAS sempena Xpresi Ulama Muda Haraki yang berlangsung di Maahad Ehya Asy Syarif Gunung Semanggol, Perak.

Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairudin Aman Razali mengumumkan perkara itu di pentas expresi tersebut.

Mohd Fakhrurrazi Hussin mewakili 6 orang Imam Muda berucap dan menyatakan sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi dan berikrar akan turut membantu perjuangan Islam sehinggalah bumi Allah dapat diimarahkan dengan syariat-Nya.
Selain Mohd Fakhrurrazi (IM Fakhrul), lima lagi Imam Muda berkenaan ialah Khairul Azhar Ghazali (IM Azhar), Abdul Fattah Ridzwan (IM Fatah), Syed Faris Syed Roslan(IM Faris), Megat Mohd Zahid Megat Azmuddin (IM Megat) dan Fakhrulrazi Ibrahim ( IM Ar Razi)

Pilihan raya Umum ke-13 menjadi turning point untuk melakukan perubahan dalam negara kita dan Ulama Muda Haraki akan Memacu Kebangkitan dan Memimpin Perubahan.

Insya Allah seorang lagi tokoh ulama muda negara kita akan turut menyatakan sokongan kepada perjuangan suci ini pada sebelah malam sempena Pentas Ulama Haraki di tapak program yang sama.


1 comment:

Qaseh Bonda said...

Macam ni baru betul kalau nak jadi pemimpin sejati.

Muda-muda kena berani bertindak. Jangan nak tunggu tua baru nak isytihar.

Jadi imam kan...wajib takut pada yang Satu. Baru makmum pakat jadi berani.

Biarkan yang tua-tua dalam UMNO saja yang masih tak sedarkan diri.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive