PETALING JAYA: Pelakon Adi Putra tidak akan tunduk dengan permintaan Amiruddin Othman, 50, iaitu suami kepada Noraida Abd. Mutalib, 29, wanita yang dikaitkan mempunyai skandal dengannya agar mengaku dia terbabit dalam kes pertukaran gambar lucah.
Adi berkata, dia mempunyai pendirian sendiri dan berhak untuk tidak mengikut kata Amiruddin kerana tidak bersalah dalam kes itu.
"Saya hormat dengan permintaannya yang mahu saya mengaku kesilapan itu tetapi saya tidak akan tunduk dengan keinginannya.
"Saya tahu saya berada di pihak yang benar dan saya ada pendirian untuk tidak berbuat demikian. Sekiranya pihak di sana ingin membuat tindakan lanjut, silakan," katanya.
Adi ditemui pada majlis pra tonton filem Balistik di e@Curve di sini pada Selasa.
Adi Putra dalam sidang medianya pada 13 Disember lalu mendakwa dia tidak bersalah selepas pihak polis menggugurkan kes berkenaan yang disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu melakukan gangguan seksual.
Berikutan itu, Amirrudin menerusi peguamnya, Muhammad Hasif Hassan pada sidang media pada 13 Disember lalu meluahkan rasa kecewa selain mendakwa pegawai penyiasat kes berkenaan di Johor berat sebelah.
Sehubungan itu dia bersama isteri telah membuat laporan di bahagian tatatertib Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selain akan menghantar surat kepada Pejabat Peguam Negara untuk membuka semula kes itu.
Pada September lalu Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 32, didakwa menjalinkan skandal dengan Nooraida dan aktor itu disiasat polis selepas Amiruddin yang juga seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.
Akhbar melaporkan, pelakon KL Gangster 2 itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan Nooraida walaupun baru seminggu berkenalan.
Pelakon itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi sosial, WhatsApp sejak 29 Julai lalu sehinggalah perbuatan berkenaan dihidu Amiruddin.
Sementara itu, Adi juga menegaskan, kes tersebut juga tidak akan menghalangnya untuk membalas mesej-mesej peminatnya di laman sosial di Twitter, Instagram mahupun di Facebook selepas ini.
"Tidak kira apa status peminat itu, lelaki atau perempuan, saya akan membalas mesej-mesej mereka. Saya tahu batas saya melayan peminat-peminat," tegasnya.- mStar
3 comments:
Betina tu yang gatal.Laki DAYUS aje yg na bela bini yg miang.
Kalau ada Adiputra yg hantar kpd yg ta di kenali aku terima lah sebagai gangguan sexual.
Ini sama2 bertukar gambar dan msg.Itu miang nama nya dan betina itu pun bersalah.
Laki dia aje yang bagero
Setakat blakon aja pun nak diagungkan.Kalau mcm dr MAZA tak apalah juga, penuh ilmu dunia dan akhirat. Entahlah kenapa ramai bimbo di luar ni yg tgilakan artis, sorry to say lah 90% artis tu makan rezeki istidraj, ye la ada yg tak tutup aurat, ada yg berlakon sentuh bukan mahram, ada yg elok2 tutup aurat tapi masih libatkan diri dalam filem yg ada pelakon tak tutup aurat, tutup aurat tapi libatkan diri dalam maksiat buat peee! Tolong lah bimbo sekalian alam, ada apa dengan artis? Fame sementara, istidraj yg ko cari? Elok lagi agungkan nabi muhammad dari artis yg setakat pandai berlakun ni, esp si muka bangla ni.
Uihhhh..ustaz internet kat atas ni komen. Dia tau sapa masuk neraka sapa masuk syurga. Ko ada online dgn allah ka...nak jadi pak arab tinggal kat arab. Jangan duk kat sini.
Post a Comment