Versi online akhbar United Kingdom, Daily Mail itu berkata, pengakuan itu menimbulkan semula spekulasi kehilangannya dua minggu lalu berpunca daripada kebakaran.
Pada 17 Mac, Ahmad Jauhari pada sidang medianya berkata, pesawat MH370 itu membawa antara tiga ke empat tan manggis ke China, dengan menekankan bahawa tidak ada bahan mudah terbakar dalam pesawat itu. – 22 Mac, 2014.
Selain manggis dan litium, MH370 bawa pekerja Freescale Semiconductor yang bernilai tinggi
Apa yang hendak dipatenkan oleh mereka ialah memaksimakan 'dies' dalam sekeping 'wafer' yang sedang dimajukan oleh Freescale.
Blog Anak Sungai Derhaka dari Malaysia berkata, kehilangan mereka sama dengan apa yang berlaku kepada tragedi penerbangan Jepun, JAL 123 yang membunuh 17 jurutera daripada firma yang membangunkan satu perisian hasil kajian seorang profesor Universiti Tokyo, Jepun.
Apa yang dibangunkan oleh mereka ialah perisian TRON dan pada ketika itu TRON didakwa jauh lebih maju daripada Google Chrome yang ada pada masa ini.
Ia adalah percuma dan akan digunakan oleh seluruh sektor awam di Jepun.
Pembangunan perisian tersebut terbantut apabila semua jurutera yang terlibat terbunuh dalam tragedi itu dan Microsoft kemudian menguasai pasaran.
Tiga hari lalu dalam satu sidang media, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata pesawat Malaysia Airlines MH370 tidak membawa kargo berbahaya atau bernilai tinggi tetapi beberapa tan manggis.
Kenyataan itu dikeluarkan bagi menjawab beberapa spekulasi yang mengatakan pesawat itu mungkin dirampas kerana membawa kargo yang bernilai tinggi.
Ia juga bagi menjawab spekulasi yang mengatakan pesawat tersebut meletup di udara dan menjunam ke dalam laut selari dengan beberapa laporan polis yang dibuat di beberapa negeri di pantai timur semenanjung.
"Penilaiannya itu sebenarnya kurang tepat jika dikatakan manggis itu adalah kargo yang bernilai tinggi.
"Sebenarnya beliau sepatutnya mengambil kira siapakah penumpang yang di bawa pesawat tersebut kerana bagi kebanyakan industri, pekerja yang mahir dan professional adalah aset amat berharga. Dalam hal ini 20 pekerja Freescale itu adalah aset," kata penulis blog itu.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Bernama, syarikat Freescale yang berpangkalan di Austin, Texas, Amerika Syarikat itu berkata, pekerjanya terdiri daripada 12 rakyat Malaysia dan lapan dari China.
Menurut syarikat itu, seluruh komuniti Freescale Semiconductor sedih dengan kejadian berkenaan dan akan terus memantau situasi serta memaklumkan sebarang perkembangan apabila memperolehnya.
"Pada masa ini, kami memberi tumpuan kepada pekerja kami dan anggota keluarga mereka," kata Presiden dan Ketua Pegawai Esekutif Freescale, Gregg Lowe dalam kenyataan itu.
"Doa kami untuk semua yang terlibat dalam kejadian tragik ini,” katanya.
Menurut kenyataan itu, syarikat meminta kaunselor dan profesional lain melalui Program Bantuan Pekerja Freescale, memberikan sokongan sepanjang masa kepada mereka yang terbabit dalam tragedi ini.
'Dies' adalah litar atau 'circuit' yang dibina di atas 'wafer', 'dies' adalah apa terkandung di dalam mikrocip.
Bergantung kepada tujuan ia dibina saiz 'dies' adalah berbeza antara satu sama lain dan dibina di atas wafer yang diperbuat daripada silikon dan seramik.
Oleh itu, jumlahnya juga adalah berbeza bergantung kepada saiz 'wafer' yang biasanya bergaris pusat 4", 6" atau 8.
Dalam setiap 'wafer' biasanya terkandung lebih atau kurang daripada 5,000 'dies'.
Menurut blog itu, kebanyakan peralatan elokronik kini dikuasai atau digerakkan oleh 'dies' yang terdapat dalam mikrocip.
Silikon adalah bahan yang sesuai digunakan untuk membangunkan cip yang maju dan bahan ini adalah mahal.
Memaksimakan 'dies' di dalam sekeping 'wafer' bermakna memaksimakan keuntungan.
Dalam hal pekerja Freescale Semiconductor of Austin ini pula hak paten yang baharu didaftarkan itu berada di bawah pegangan 5 individu dengan setiap individu menguasai 20% daripada royalti.
Sebanyak 20% dikuasai oleh Peidong Wang dari Freescale Semiconductor of Suzhou, China; 20% dikuasai oleh Zhijun Chen, juga dari Freescale Semiconductor of Suzhou, China.
Manakala 20% dikuasai oleh Zhihong Cheng dan 20% Li Ying, dari Freescale Semiconductor of Suzhou, China dan Freescale Semiconductor sendiri 20%.
"Jika salah seorang daripada di atas terbunuh atau hilang maka ia tetap akan dibahagikan sama rata dan jika empat daripada lima itu terbunuh atau hilang maka keseluruhan royalti akan dibayar kepada yang tinggal," kata blog itu.
Menurut blog itu, pemilik Freescale Semiconductor adalah seorang Yahudi yang terkenal iaitu Jacob Rothschild melalui Blackstone.
"Apa pun ini hanyalah salah satu kebarangkalian yang ada, betul atau tidak kita tunggulah apa hasil siasatan rasmi pihak berkuasa," kata blog itu. – 22 Mac, 2014.
No comments:
Post a Comment