Diterbitkan: Isnin, 17 Mac 2014 8:59 AM
PETALING JAYA: Juruterbang penerbangan MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah dan pembantunya Fariq Abdul Hamid kini menjadi individu disyaki bertanggungjawab terhadap kehilangan pesawat milik MAS.
Hal ini kerana, mereka didakwa telah mematikan Sistem Pengendalian Komuniksi dan Laporan Pesawat (ACARS sebelum menghantar mesej terakhir kepada menara kawalan.
Juruterbang itu berkata: "Baiklah, selamat malam" apabila Kawalan Trafik Udara Malaysia menyerahkan kawalan ke atas pesawat itu kepada Vietnam.
Pengumuman mengenai kemungkinan pesawat telah dirampas oleh juruterbang menyebabkan kesemua pihak yag terlibat dalam penyelenggaraan terhadap pesawat itu sebelum berlepas kini di siasat.
Sehubungan itu satu rakaman video pemeriksaan terakhir terhadap Kapten Zaharie dan Fariq turut didedahkan
Anwar Tak Kenal Kapten Zaharie - Azizah
Anwar Tak Kenal Kapten Zaharie - Azizah
Diterbitkan: Isnin, 17 Mac 2014 2:09 PM
KAJANG: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menolak sebarang cubaan untuk mengaitkan misteri kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 dengan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tegas Wan Azizah, sokongan politik juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) langsung tiada kaitan dengan kehilangan pesawat yang hilang sejak 8 Mac lalu itu.
"Tak ada kaitan kalau nak dikaitkan (keahlian PKR)," katanya pada sidang media selepas mengadakan kunjungan ke Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di sini, Isnin.
Selain itu tegas Wan Azizah yang juga Presiden PKR, beliau amat yakin bahawa Anwar tidak mengenali Zaharie secara peribadi.
"Saya musykil kenapa semua nak salahkan Anwar?" soal Azizah dalam nada kecewa dengan laporan media antarabangsa yang menjadi perhatian umum sejak Ahad.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai laporan The Mail bahawa Zaharie merupakan penyokong 'obsesif ' kepada Anwar yang juga Ketua Pembangkang.
Menurut laporan tersebut, beberapa jam sebelum penerbangan itu meninggalkan Kuala Lumpur, difahamkan bahawa Zaharie, 53, menghadiri perbicaraan kes liwat Anwar yang berakhir dengan pemimpin itu dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun.
Zaharie turut disahkan sebagai ahli seumur hidup PKR Cabang Subang.
Ditanya mengenai dakwaan bahawa pakatan pembangkang cuba mempolitikkan isu kehilangan MH370 yang masuk hari kesepuluh, Wan Azizah menyangkal dakwaan tersebut.
"Kita hanya persoalkan mengenai bagaimana kerajaan menangani isu ini. Mana-mana kerajaan mesti berada dalam keadaan bersiap siaga untuk krisis udara.
"Kalau banjir, isu tanah semua ada (persediaan)...tapi tak ada pula krisis berkaitan udara. Kita tak mempolitikkan," katanya. - mStar
No comments:
Post a Comment