31 May 2014

Catat sejarah, cipta keajaiban’ – Kit Siang





_DSC5750
TELUK INTAN, 31 MEI: “Catat sejarah, cipta keajaiban,” begitulah pesan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, beberapa jam sebelum pengundian Pilihanraya Kecil (PRK) Teluk Intan bermula.
Beliau berkata demikian di hadapan lebih 20,000 hadirin yang memenuhi ceramah terakhir kempen Pakatan Rakyat di tapak bazar ramadan, bandar Teluk Intan semalam.
Kawasan ceramah yang lazimnya hanya mula penuh ketika ucapan pimpinan tertinggi Pakatan di akhir program, mula sesak seawal jam 8.30 malam.
Berikutan itu, ramai yang tidak dapat masuk ke kawasan ceramah dan terpaksa memenuhi jalan raya untuk mengikuti ucapan.
Keadaan seumpama itu kali terakhir dilihat ketika kemuncak kempen Pilihanraya Umum ke-13 setahun lalu.
Para hadirin kelihatan penuh bersemangat dan optimis, selepas hampir dua minggu melihat sendiri asakan agresif jentera kempen BN.
Perasaan itu jelas terlihat apabila sorakan gemuruh dan tiupan vuvuzela setiap kali helikopter pemantau terbang melintas kawasan ceramah.
Malah, setiap penceramah juga menunjukkan semangat yang berlainan daripada biasa.
Antaranya Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming yang sempat bernyanyi ketika gilirannya, selain Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang sentiasa ‘menghiburkan’.
Namun, tumpuan utama semalam tentulah calon DAP Dyana Sofya Mohamad Daud, yang nasibnya bakal ditentukan 60,620 pengundi hari ini.
Sorakan dan tepukan gemuruh bergema, sebaik sahaja pengacara mengumumkan ketibaannya tepat jam 10.07 malam.
Reaksi hampir sama juga dapat disaksikan beberapa kali ketika wajahnya dipaparkan skrin besar di kiri dan kanan pentas.
Antara pimpinan lain yang turut berucap adalah Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke Siew Fook dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad.
Selain ribuan yang hadir, ceramah semalam turut disaksikan 4,000 pelayar internet melalui Ubah TV.
Di akhir ceramah, pengacara turut melakukan gimik dengan menutup lampu limpah, sebelum meminta semua hadirin mengangkat telefon masing-masing – bagi membuktikan betapai ramai hadirin seterusnya kekuatan sokongan kepada Pakatan. – Roketkini.com
_DSC6315

1 comment:

Unknown said...

Betul apa aku fikir, Mat Sabu hanyalah seorang penghibur. Dia tetap menghibur walaupun Hj Hadi sedang bertarung dengan maut

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive