18 May 2014

Malaysiakini ancam keselamatan kata Utusan ... hahaha


Satu tulisan dalam Mingguan Malaysia mendakwa portal Malaysiakini harus dikategori sebagai ancaman kepada keselamatan, antara lainnya kerana didakwa turut bersama dengan usaha menggulingkan kerajaan dalam pilihan raya umum ke-13.

Tulisan pengarang dalam pojok itu mendakwa, Malaysiakini tidak akan berhenti dairpada meneruskan usaha seperti itu.

“Pada Awang, Malaysiakini sudah boleh dikategorikan sebagai ancaman kepada keselamatan negara. Buatlah kajian untuk melihat hakikatnya.

“Antara portal itu dan tentera siber, Red Bean Army milik parti pembangkang, tidak banyak bezanya. Sama bahaya,” tulisan dalam edisi hujung minggu Utusan Malaysia itu dipetik.



Ia seterusnya mendakwa, Malaysiakini berselindung di sebalik nama kebebasan bersuara dengan menyekat komen yang bersifat positif kepada kerajaan dan Umno.

“Reaksi pembaca dikawal dengna menyiarkan rata-rata komen yang menghentam, memburuk-buruk dan memfitnah kerajaan dan Umno, malah ke tahap menghina Islam, Raja-raja Melayu dan Melayu.

“Komen positif disekat, jika ada pun dilepaskan satu dua sahaja sekadar mengaburi mata,” kata pengarang itu lagi dalam tulisannya. Malaysiakini


MS - Betoika? Bukan sebalik nya?

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive