22 May 2014

MyWatch dakwa anak CPO beli kereta mewah


Hampir setahun selepas ditembak, pengerusi NGO pemantau jenayah MyWatch R Sri Sanjeevan hari ini tampil dengan dakwaan rasuah dalam pasukan polis.

Anggota PKR itu mempersoal kekayaan luar biasa anak lelaki 30 tahun seorang ketua polis negeri.

Dakwaanya, penganggur itu membeli dua kerewa mewah tahun lalu – Jaguar dan Audi A5 – yang kedua-duanya bernilai RM1.1 juta.

Akaun banknya juga, dakwa Sanjeevan, mempunyai transaksi bernilai RM500,000 dalam tempoh enam bulan sehingg April lalu.



“Kebetulannya di sini apabila dia mempunyai kaitan dengan syarikat senjata api. Syarikat senjata api itu pula di negeri yang sama dengan di mana bapanya menjadi ketua polis,” katanya kepada pemberita di sebuah restoren di Kuala Lumpur.

Malaysiakini tidak menyiarkan nama ketua polis negeri tersebut sementara menunggu komen rasminya. - malaysiakini

1 comment:

Anita said...

berkeinginan juga tuk beli kereta mewah kayak gitu, hehe
thnks

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive