14 May 2014

Persembahan "sarkas Three Stooges" UMNO yang tak menghiburkan - Azan

(Amirul Azhan)
azan_ismailKUALA  TERENGGANU 14 MEI: Kemelut dan kekecohan melanda Terengganu memperlihatkan episod demi episod drama ciptaan Umno yang akhirnya menyusahkan rakyat, kata Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Terengganu.
Ini berikutan tiga calon DUN Umno yang mengisytihar keluar parti dan menjadi calon bebas dikhabarkan menyertai Umno semula.
“Umno-BN memperlihatkan persembahan sarkas yang tidak menghiburkan dengan tiga aktor utama ‘three stooges’ (Ahmad Said, Ghazali dan Roslee),” kata Azan ketika dihubungi Keadilandaily.
“Untuk capai kehendak Umno BN, episod peralihan Menyeri Besar menyusahkan rakyat. Lakonan dipujuk, (kemudian) diberi habuan dan masuk Umno semula,” tambahnya.
Kemelut politik Terengganu bermula apabila pelantikan Menteri Besar baru, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dibantah sebahagian Adun BN negeri itu menyebabkan Datuk Seri Ahmad Said mengisytihar keluar daripada Umno.
Menyifatkan tindakan tersebut tak ubah seperti ‘lanun’, kata Azan agenda utama Adun Umno-BN di Terengganu hanyalah merompak khazanah negeri untuk dikongsi sesama mereka.
“Sama seperti episod MH370….seolah-olah direka pelbagai spekulasi sehingga menimbulkan kekeliruan semata-mata mengalihkan pandangan,” kata Azan yang juga Adun kawasan Bandar, Terengganu.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=61546

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive