25 June 2014

Enam Suspek Pengganas Sulu Ditahan Di Kunak - KPN


KUALA LUMPUR: Enam suspek pengganas Sulu termasuk seorang wanita ditahan Cawangan Khas Bukit Aman dan Pasukan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dalam operasi khas sekitar Kunak, Sabah hari ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. 

Khalid berkata, tangkapan terbaru ini adalah susulan daripada insiden pencerobohan di Lahad Datu pada Februari tahun lalu. 



“Suspek yang ditahan adalah Abu Bakar Jayari @ Alex, Ilyasa Abu Bakar @ Maharaja Omar, Zainuddin Mislani, Kassim Ibrahim, Industan @ Md Bustan Limatang @ Hindustan dan Siti Nukah Abdul Lama,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini. 

Beliau berkata, turut dirampas semasa tangkapan adalah kad keahlian dan sijil pelantikan panglima Kesultanan Sulu, dokumen berkaitan Kesultanan Sulu serta beberapa senjata tajam. 

“Semua mereka ditangkap di bawah Seksyen 124(c) Kanun keseksaan dan akan disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012,” katanya.  - BH




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive