25 June 2014

Malaysiakini & The Malaysian Insider disekat dari membuat liputan sidang media Najib


Wartawan dan jurugambar Malaysiakini disekat daripada membuat liputan sidang media Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi mengumumkan rombakan kabinet hari ini.

Wartawan diberhentikan di kaunter Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya oleh pegawai keselamatan yang bertanya: "You dari media mana?"

Ketika wartawan menjawab “Malaysiakini”, jawapan diberikan: "Malaysiakini tak boleh!"

Ditanya sebabnya, seorang pembantu kepada perdana menteri berkata, ia kerana “tidak cukup tempat”.

Wartawan KiniTV bagaimanapun dibenarkan masuk sebelum diminta meninggalkannya.

Pegawai keselamatan menemui mereka dalam bilik sidang media dan memintanya beredar selepas diminta memberitahu organisasi berita yang diwakili.

KiniTV cuba merakam insiden itu tetapi diminta memadamkannya.

“Saya hanya jalankan tugas, saya dapat arahan mengatakan kamu tidak boleh berada di sini,” katanya.

Bagaimanapun, apabila wartawan KiniTV mahu masuk ke lif, seorang pembantu Najib campur tangan dan memintanya kembali ke dalam.

Wartawan The Malaysian Insider turut disekat menghadiri sidang media itu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive