Beliau dalam kenyataannya di laman Facebook rasmi miliknya, Ismail Sabri Yaakob menyatakan hasrat tersebut kepada pihak HSBC yang dilihat turut memuat naik surat permohonan yang bertarikh 7 Ogos 2014 (berkuatkuasa esok) serta di alamatkan terus kepada Ketua Pegawai HSBC, Muhktar Malik Hussein.
Memetik kenyataan beliau dalam surat tersebut, Ismail memohon agar tindakan serta merta daripada pihak HSBC ke atas pembatalan kad miliknya yang bernombor 4386 7590 0242 8206 serta dijangka luput pada Mac 2016.
Susulan tindakan beliau tersebut, ramai pengikutnya di laman sosial tersebut memuji tindakannnya sebagai tanda sokongan terhadap kekejaman yang berlaku ke atas rakyat Palestin di Gaza.
Sehingga kini, statusnya itu telah dikongsi sebanyank 212 kali dan seramai 1,589 menyukai tindakannya itu.
Rata-rata memuji tindakan Ismail yang menganggap ianya suatu tindakan yang tepat dan dilihat sebagai contoh terbaik.
Sebelum ini, institut kewangan tersebut yang beroperasi di London dikatakan telah menutup beberapa akaun badan bukan kerajaan (NGO) Islam di sana dengan alasan menyalurkan dana kepada Palestin yang sehingga kini belum disahkan mana-mana pihak.
Berikut Malaysian Digest sertakan komen yang terdapat di entri miliknya:
No comments:
Post a Comment