06 August 2014

Rakyat Selangor makin meluat dengan krisis MB Selangor

Rakyat menjadi mangsa apabila terheret sama di dalam masalah dalaman PKR yang sibuk berbalah merebut jawatan.
selangor_pr_300PETALING JAYA: Dekan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, krisis dalaman PKR mengenai isu jawatan Menteri besar Selangor yang disandang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebenarnya semakin parah, serius dan tidak akan ada jalan penyelesaian.
“ Segalanya berpunca daripada kerakusan pemimpin tertinggi parti itu yang mahu memuaskan nafsu serakah dan kepentingan politik peribadi beliau,” ujarnya ringkas. Krisis akan terus berpanjangan walaupun menteri besar negeri ditukar dengan calon kegemaran parti itu.
“Sebelum krisis terbaru ini, sudah berlaku krisis dimana Azmin Ali selaku timbalan presiden parti kuat melobi untuk menjadi menteri besar, konflik yang tercetus bukan saja melibatkan Khalid dan Azmin tetapi melibatkan dua kem yang menyokong mereka,” katanya.
Tambah beliau, Anwar mahu Wan Azizah diletakkan sebagai menteri besar baru sambil disokong DAP, bagaimanapun, satu lagi rakan sekutu mereka, PAS, tidak bersetuju dengan cadangan itu dan menyatakan sokongan terhadap pentadbiran Khalid.
“Beberapa pemimpin muda dalam PKR cuba menimbulkan pelbagai isu untuk menjatuhkan kredibiliti Khalid,” katanya.
Ahmad Marthada berkata, rakyat Selangor pasti semakin muak dengan apa yang berlaku.
“Mereka lebih utamakan jawatan daripada memberi perkhidmatan kepada rakyat,” katanya.
Ahmad Marthada berkata, tidak ada sebab Khalid harus tunduk terhadap desakan supaya berundur kerana beliau tidak melakukan perkara yang melanggar peraturan, malah mencabar Saifuddin supaya melaporkan kepada pihak berkuasa jika terdapat sebarang bukti salah laku yang menggangu gugat integritinya sebagai menteri besar.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive