09 October 2014

TERKINI: Letupan di Bukit Bintang - Seorang mangsa meninggal dunia


HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Seorang mangsa kejadian letupan bom di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pagi tadi dilaporkan telah meninggal dunia, lapor Astro Awani di twitter.

Mangsa adalah salah seorang daripada 14 yang cedera dalam insiden yang berlaku kira-kira jam 4.30 pagi tadi.

Letupan pagi tadi itu dipercayai daripada bom buatan sendiri.

Difahamkan pihak polis dengan bantuan DBKL telah mengalihan kenderaan bagi memudahkan kerja-kerja pemusnahan bom.
Sementara itu Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerahkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat insiden letupan di Bukit Bintang awal pagi ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, buat masa sekarang pihaknya sedang mengumpul maklumat dan menyiasat berkenaan insiden letupan itu.-

Car jockey dies in Bukit Bintang grenade attack

KUALA LUMPUR: The car jockey, who was among 14 people injured in a grenade attack at Sun Complex in Bukit Bintang, died of his wounds on Thursday.
City CID chief Senior Asst Comm Gan Kong Meng said Tiong Kwang Yie, 36, passed away after being treated in the intensive care unit at a hospital here following the 4.25am blast.
Tiong, from Sibu, Sarawak, was among the injured who were rushed to the hospital after the attack outside the Cherry Blossom night club.
The others included two Chinese nationals, two Singaporeans and a Thai


BERITA AWAL
14 cedera seorang parah terkena bom di Bukit Bintang
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
Kuala Lumpur: Seorang lelaki parah manakala 13 lagi cedera selepas terkena bom yang dibaling dari tingkat dua di Sun Complex, Bukit Bintang, hari ini.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 4.25 pagi. 
Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian polis mendapati 12 lelaki dan dua wanita yang berada di lokasi kejadian cedera di mana seorang daripada mereka mengalami kecederaan parah.

"Siasatan awal mendapati bahan letupan itu dipercayai dibuang dari tingkat dua kompleks ini. Kita sedang mengenal pasti bahan letupan itu.
Foto
DUA bahan letupan dibuang dari tingkat dua di mana satu tidak meletup dan ditemui di bawah kereta.

"Setakat ini dua bahan letupan dibuang dari tingkat dua di mana satu tidak meletup dan ditemui di bawah kereta Toyota Camry," katanya.

Khairi berkata, pihaknya akan menyiasat motif kejadian dan akan semak latar belakang mangsa untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat Seksyen 4 Akta Senjata dan 307 Kanun Keseksaan.







KUALA LUMPUR: Five of the 14 Bukit Bintang explosion victims are foreigners from Singapore, China and Thailand, while the rest are Malaysians.
Kuala Lumpur deputy chief Assistant Commisioner Khairy Ahrasa said the blast was not connected to IS militants, but could be due to misunderstanding or an act of revenge.
A bomb disposal squad is now approaching a second explosive which had earlier failed to detonate.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive