09 October 2014

Mahkamah tolak pengharaman buku kartun, Zunar menang

Mahkamah Rayuan sebentar tadi menolak keputusan kerajaan yang mengharam buku kartun karya saya-1 Funny Malaysia & Perak Darul Kartun dan memberi kemenangan saya dan Malaysiakini.
Zunar kartunisYang Arif Muhammad Ariff Yusof, Yang Arif Tengku Maimun Tn Mat, and Yang Arif Varghese a/l G Varughese membuat kuputusan sebulat suara.
Saya tidak hadir kerana berada di San Francisco. Tetapi ini adalah kenyataan ringkas saya: Saya bersyukur dan berpuas hati atas keputusan ini. Ia memberi semangat baru kepada saya untuk meneruskan agenda “Berjuang Melalui Kartun”.
Kedua-dua buku tersebut diharamkan pada Julai 2010 kerana kerajaan menyatakan bahawa kandungannya boleh menggugat ketenteraman awam. Tetapi keputusan mahkamah membuktikan bahawa yang membahayakan ketenteraman awam bukan karya kartun, tetapi kerajaan yang takut kepada kartun.
Saya dengan ini juga mendesak kerajaan menghormati keputusan mahkamah secara menyeluruh dengan menghentikan tekanan dan ugutan kepada kilang pencetak dan pekedai-pekedai yang menjual buku-buku kartun saya. Saya juga mendesak kerajaan, khususnya KDN memulangkan ratusan naskah buku-buku saya yang dirampas sejak beberapa tahun lalu.
Zunar
San Francisco
8 Oktober 2014
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=63245

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive