28 November 2014

Perwakilan: Blogger UMNO lambat pertahan Rosmah

Perwakilan: Blogger lambat pertahan Rosmah
Seorang wakil siswa Umno menegur penulis blog dari kalangan parti itu yang didakwa lambat bertindak balas ke atas tulisan dari kem lawan mereka untuk mempertahankan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Wakil Kelab Mahasiswa Luar Negara, Nur Farhana Mohd Anuar berkata beliau bimbang jika kelemahan itu akan memberi kelebihan kepada pihak lawan.
Beliau membangkitkan kebimbangan mengenai tindakan "penulis blog pembangkang" yang menurutnya menyebarkan maklumat dan dakway palsu mengenai Datuk Seri Najib Razak.
"Ini termasuklah Datin Rosmah Mansor yang bukan sebagai ahli politik, penulis blog (pembangkang) juga menyerangnya saban hari tanpa rasa simpati.
"Namun acap kali serangan ini, lambat diserang balas oleh penyokong Umno kerana rangkaian blogger pro-Umno yang terhad.
"Lebih malang lagi, kita tolong kongsi dakyah pembangkang ini," kata Nurfarhana ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden di Perhimpunan Agung Umno di PWTC.
Beliau berkata pihaknya bertekad sedia menjadi pembela untuk mempertahankan pemimpin negara daripada terus diperlekehkah oleh media sosial pembangkang.
Nur Farhana berkata pihak yang lebih agresif dalam penyebaran data lebih mudah menakluki pembaca dan beliau mengakui pemimpin Umno ketinggalan untuk menguasai maklumat dengan pantas.
"Dan pihak yang berjaya memenuhi tuntutan itu lebih cenderung, lebih berjaya dalam penyebaran berita sama ada benar mahupun yang palsu.
"Justeru itu setiap persepsi diterima sebagai fakta atau realiti walaupun ia sebenarnya palsu," katanya. -M'kini

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive