18 December 2014

Seorang Maut, 9 Cedera Termasuk Rakyat Malaysia, Belon Udara Panas Terhempas Di Turki






Sebuah belon udara panas dipercayai terhempas di sebuah pusat peranginan popular di Cappadocia, Turki.
ISTANBUL: Seorang pelancong China terbunuh manakala sembilan yang lain cedera apabila belon udara panas yang mereka naiki terhempas di sebuah pusat peranginan popular di Cappadocia, Turki pada Rabu.
Menurut laman web CNN Turki, warga China dan Malaysia antara mangsa yang berada di dalam belon udara panas itu.


Belon udara panas itu dilaporkan ditiup angin secara tiba-tiba sebelum jatuh terhempas ke tanah walaupun ia cuba melakukan pendaratan kecemasan.


Cappadocia terletak di tengah-tengah Turki, terkenal dengan ciri geologi yang dipanggil struktur batu-batu tajam.

Aktiviti menaiki belon udara panas adalah antara aktiviti popular di kawasan itu.

Bagaimanapun, di pusat peranginan itu, kemalangan maut tidak kerap berlaku.

Pada Mei tahun lalu, media tempatan melaporkan tiga rakyat Brazil meninggal dunia apabila dua belon dinaiki bertembung sesama sendiri.

Sementara itu, seorang pelancong British turut dilaporkan meninggal dunia dalam kemalangan pada 2009. - REUTERS

alt


CAPPADOCIA, TURKI 18 Dis -  Seorang rakyat Malaysia dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas sebuah belon udara panas terhempas di sebuah pusat peranginan popular di Cappadocia, Turki pada Rabu.

Kedutaan Malaysia di Ankara memberitahu The Star bahawa secara keseluruhan seramai lima rakyat Malaysia cedera dalam nahas itu.

Seorang pelancong warga China disahkan terkorban dalam nahas tersebut.

"Seorang kritikal manakala selebihnya cedera tetapi kami tidak dapat mengesahkan tahap keseriusan kecederaan mereka. Mereka dibawa ke Hospital Versa di Nevsehir untuk rawatan susulan," kata seorang pegawai kedutaan.

Beberapa pegawai dalam perjalanan ke Cappadocia dari Ankara dan dijangka tiba kira-kira pukul 9 malam (waktu Malaysia).

Terdahulu agensi berita Reuters melaporkan warga Malaysia antara sembilan pelancong yang berada dalam belon udara panas itu.

Aktiviti menaiki belon tersebut merupakan pakej jelajah di Turki yang dikendalikan oleh rakyat Malaysia.

Punca nahas belon tersebut belum dapat dikenal pasti.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive