Showing posts with label MUFTI. Show all posts
Showing posts with label MUFTI. Show all posts

14 December 2014

Mufti P. Pinang Akan Temui Ketua Menteri Bincang Isu Kalimah Allah



Wan Salim Wan Mohd Nor

BUKIT MERTAJAM: Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berhasrat untuk berjumpa dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng bagi memberi penjelasan tentang isu penggunaan kalimah Allah kepada orang bukan beragama Islam di negeri ini.
Beliau berharap pertemuan dengan Ketua Menteri dapat membangkitkan tentang keperluan mengelak menyentuh isu-isu sensitif terutama melibatkan agama.

11 November 2014

Lelaki Menyerupai Perempuan Atau Sebaliknya Dilaknat Allah



Diterbitkan: Selasa, 11 November 2014 1:08 PM

KUANTAN: Lelaki yang menyerupai perempuan ataupun sebaliknya perempuan menyerupai lelaki merupakan perbuatan dilaknat Allah yang jelas menunjukkan perkara itu haram dalam Islam, kata Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abd Rahman Osman.
"Kalau lelaki menyerupai perempuan, kita halalkan, ertinya kita telah menghalalkan sesuatu yang telah diharamkan oleh Allah.
"Hukumnya orang yang bercakap begitu kalau dia sedar dia boleh syirik kepada Allah, dia boleh terkeluar daripada Islam kerana dia telah mengubah hukum Allah ertinya tidak memperakui peraturan Allah," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

15 August 2011

Larangan guna pembesar suara bukan fatwa, tapi nasihat?

Larangan guna pembesar suara untuk bacaan al-Quran bukan fatwa tapi nasihat

2011/08/15
GEORGETOWN: Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad hari ini, berkata larangan terhadap masjid atau surau di negeri itu menggunakan pembesar suara untuk bacaan Al-Quran sebelum subuh adalah berlandaskan hukum syarak dengan nas-nas yang sahih.

Katanya, tidak timbul isu kononnya larangan itu akan diperluaskan untuk melarang penggunaan pembesar suara untuk azan kerana larangan itu bukanlah satu fatwa. "Saya kesal atas kenyataan yang tidak profesional dan tidak berhemah daripada beberapa pihak termasuk menuduh kononnya Jawatankuasa Fatwa Negeri membuat keputusan secara melulu. "Hal ini bukan isu politik tetapi ia arahan Nabi Muhammad SAW dan juga menjaga Islam yang harmoni," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hassan berkata, larangan penggunaan pembesar suara itu adalah nasihat hukum, iaitu satu panduan tanpa mewartakannya dalam Enakmen Agama Islam negeri.

02 June 2011

Tugu 1Malaysia bercanggah dengan akidah Islam - Juanda

KUALA LUMPUR, 2 Jun — Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menasihatkan kerajaan negeri tidak membina replika tugu 1Malaysia yang disebut-sebutkan akan didirikan di Perlis dalam waktu terdekat.

Bagaimanapun sehingga kini tiada pengumuman rasmi mengenai pembinaan tugu itu.

Juanda (gambar) berkata jawatankuasa fatwa negeri yang bermesyuarat April lalu memutuskan bahawa tugu yang disebut-sebutkan itu tidak wajar dibina kerana ia bercanggah dengan akidah Islam.

09 April 2011

Video: PERSATUAN PEGUAM SYARIE vs PERSATUAN PEGUAM MUSLIM ... hahaha

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 8 April: Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menyokong kenyataan Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya yang membidas kenyataan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Zainul Rijal Abu Bakar, yang menyatakan bahawa video boleh diterima sebagai bukti untuk mendakwa seseorang di bawah kesalahan zina di Mahkamah Syariah.
Pada masa yang sama, PGSM juga membidas kenyataan Zainul Rijal Abu Bakar tersebut kerana kenyataan itu boleh mengelirukan masyarakat awam berkaitan dengan pembuktian di dalam kes zina.
“PGSM menyatakan di dalam kes jenayah zina pembuktiannya adalah sangat ketat. Pembuktian jenayah zina ini hendaklah melalui dua cara, iaitu samada melalui pengakuan (iqraar) si pelaku atau melalui kesaksian empat orang saksi (syahadah).
“Ianya bermaksud, pembuktian-pembuktian melalui cara-cara yang lain selain daripada dua cara tersebut adalah ditolak sama sekali,” kata Presiden PGSM, Mohamad Isa Abd Ralip.
Katanya, melihat kepada sejarah, berkenaan dengan pembuktian melalui pengakuan (iqrar) si pelaku, telah membuktikan bahawa Rasulullah S.A.W memarahi sahabatnya yang tetap melaksanakan hukuman hadd zina terhadap pesalah yang mengakui kesalahan zina tersebut walaupun pengakuannya telah ditarik balik.
Ini, ujarnya menunjukkan bahawa, sekiranya pengakuan yang dilakukan oleh si pelaku telah ditarik balik sebelum dijatuhkan hukuman, maka hukuman hadd zina tersebut tidak boleh dilaksanakan.
Menurutnya, manakala pembuktian melalui syahadah pula, penerimaannya adalah memerlukan syarat-syarat tertentu sebagaimana yang telah ditetapkan oleh syarak iaitu empat orang saksi tersebut hendaklah lelaki, adil dan merdeka.
Ini, tambahnya bertepatan dengan pendirian Ulama’ Syafie dan Hanafi bahawa pensabitan zina hanya boleh melalui dua perkara di atas dan tidak boleh dengan cara tanda (qarinah)berbanding dengan Ulama’ Maliki dan Ibn Qayyim yang meletakkan qarinah sebagai salah satu cara pensabitan zina.
Oleh yang demikian, jelasnya keterangan (bayyinah) adalah termasuk qarinah hanya boleh diterima sebagai keterangan di dalam kes yang bukan melibatkan kes yang berkenaan hudud.
”Oleh yang demikian, PGSM berpendapat bahawa pembuktian-pembuktian lain selain dua perkara di atas tidak boleh dijadikan sebagai bukti bagi pensabitan atas kesalahan zina,” katanya

31 March 2011

Video sex : "Apabila datang berita daripada orang fasik, hendaklah kamu selidik dahulu berita itu," kata Mufti Perlis

gambar hiasan

Dalam menghadapi keadaan politik mengeksploitasi isu peribadi, seperti penggunaan isu video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, umat Islam dinasihatkan menyiasat dahulu kesahihan dakwaan itu.

"Nasihat saya, dalam al-Quran, Allah berfirman dalam surah al-Hujurat, apabila datang berita daripada orang fasik, hendaklah kamu selidik dahulu berita itu," kata Mufti Perlis Dr Juanda Jaya. "Dan kalau tidak cukup empat orang saksi, sepatutnya penuduh dikenakan hukuman Qazaf. Hukum orang fasik ini, dia tak layak lagi jadi saksi untuk sebarang kes kerana sudah hilang kredibeliti."

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Dr Juanda berpendapat isu melibatkan keaiban peribadi tidak boleh dijadikan modal politik, apatah lagi jika perkara berkaitan seks yang amat memalukan.

"(Kalau betul pun), kita tak tahu, mungkin dia sudah bertaubat. Kenapa perlu dedahkan perkara itu? Siapa tak ada aib? Takkan dosa sepuluh atau 10 20 tahun lagi perlu dikorek semula?" soal Dr Juanda lagi.

Katanya, rakaman video sahaja tidak mencukupi jika tidak disokong oleh empat saksi yang adil kerana jenayah bagi kesalahan berzina amat berat dan hukuman yang dijatuhkan hendaklah bebas daripada sebarang prasangka.

"(Jadi), kalau ada tiga orang saksi yang melihat perkara itu, lebih elok mereka tutup mulut sahaja daripada mendedahkannya. Kesan tindakan itu melibatkan banyak pihak, termasuk anggota keluarga yang terlibat," katanya. - malaysiakini


STONE : Nampaknya beberapa Mufti-mufti pun menentang cara yang dilakukan oleh '3 Boroi' ni, termasuk lah Mufti yang dikatakan orang kuat UMporNO, mufti Perak, Harussani. Nampak gaya filem 3 boroi semakin menjunam, tiada lagi sambutan kecuali di pihak pemerintah yang bermati-matian mempertahankannya ...tunggu saja lah apa kesudahannya nanti

Benda yang tidak betul tapi didedahkan adalah haram dan dosa

Harussani: Saya tak membisu, pernah kecam video seks aib Anwar KUALA LUMPUR, 31 Mac — Tan Sri Harussani Zakaria menafikan tanggapan sesetengah pihak bahawa beliau hanya berdiam diri dan tidak bersuara berhubung pendedahan rakaman video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebaliknya, Mufti Perak itu menegaskan, sejak rakaman video seks itu didedahkan awal minggu lalu beliau telah mengeluarkan kenyataan dengan menegaskan pendedahan itu telah mengaibkan Anwar yang juga

Ketua Umum PKR kerana ia belum dibuktikan kebenarannya. “Siapa kata saya tidak bersuara? Siapa kata saya tidak ada cakap apa? Sejak hari pertama lagi saya sudah bercakap mengenai perkara ini dan bagi saya rakaman video seks itu telah mengaibkan Anwar kerana tidak saksi yang boleh buktikan.

“Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan... yang tertulis ia (video seks) hanya fitnah, itu sahaja... yang lain-lain tidak keluar,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Kata Harussani, rakaman video seks itu boleh dianggap sebagai fitnah dan dosa besar kerana hukuman telah dijatuhkan terlebih dahulu terhadap Anwar tanpa bukti yang sahih. “Kita buka rahsia orang ini adalah haram, benda yang tidak betul tapi didedahkan adalah satu fitnah, dosa besar dan tidak bermoral. “Rakaman video seks itu betulkah Anwar? Laporan juga belum dapat dipastikan lagi... ini adalah fitnah dan dosa besar,” katanya. Awal minggu ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pemimpin agama sebagai “syaitan bisu” kerana mengambil sikap berdiam diri dan tidak bersuara dalam isu fitnah moral terbaru yang ditujukan ke atas Anwar itu.

Menurut Hadi, sikap pemimpin agama yang enggan memberikan sebarang respons terhadap pendedahan rakaman video seks oleh “Datuk T” awal minggu lalu amat dikesali.

Tiga Datuk T iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim — mengakui bertanggungjawab membuat pendedahan tersebut. Ketiga-tiga individu tersebut terlebih dahulu menayangkan rakaman video seks itu kepad media di Carcosa Seri Negara dan Shazryl secara peribadi yakin lelaki pelacur dari China itu adalah Anwar.

Menurut Harussani, rakaman video seks itu tidak boleh dijadikan sebagai bukti. Ini kerana, jelas beliau, menurut perundangan Islam mana-mana jenayah yang membabitkan seks perlu mempunyai empat adil yang menyaksikan peristiwa itu berlaku termasuk perbuatan zina.

“Yang dilihat dalam rakaman video seks itu tidak boleh pakai, ia tidak boleh dijadikan bukti kerana ia boleh diubah atau dimanipulasikan. “Kalau nak jatuhkan hukuman kita kena ada empat saksi yang benar-benar lihat dengan mata sendiri peristiwa itu berlaku bukan melalui gambar atau video.

“Kalau bawa ke mahkamah, video seks itu tetap tidak boleh dijadikan bukti kerana ia hanya rakaman dan menurut hukum syarak tetap kena ada empat saksi dan kalau tidak kita tidak boleh nak jatuhkan hukuman,” katanya.

Sementara itu, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya tetap berpendirian Anwar tidak boleh dituduh terlibat pelakuan seks tersebut kerana tiada saksi yang menyaksikan ia berlaku. “Dalam soal jenayah seksual Islam menetapkan saksi empat mata dan rakaman tidak boleh dijadikan bukti, di sudut Islam kena ada empat saksi yang lihat peristiwa itu berlaku.

“Tetap kena ada empat saksi hidup yang tengok ia berlaku, kalau tiada atau tidak cukup sebagai contoh hanya tiga mereka kena hukum qazaf (tuduhan zina) kerana menuduh orang lain,” katanya. Menurut beliau, rakaman video seks yang didakwa milik “Datuk T” tidak boleh dijadikan bahan bukti. “Rakaman sama sekali tidak boleh dalam jenayah seksual dalam Islam, tetap perlu ada empat saksi dan orang yang jadi saksi juga perlu individu yang berkredibiliti dan tidak akan menukar pandangan mereka.

“Kita tidak boleh ikut rakaman sebab itu dalam Islam hukuman jenayah seksual ini berat dan syarat untuk jatuhkan hukuman juga berat,” katanya.

Tambah Juanda, individu yang membuat pendedahan rakaman video seks itu sepatutnya disiasat terlebih dahulu. “Yang pertama sebarkan benda lucah orang itu yang harus disiasat dulu, tiada undang-undang atau agama yang membenarkan ia dipertontonkan kepada khalayak.

“Sepatutnya bila dapat rakaman itu mereka kena serahkan kepada polis bukan dedahkan kepada umum,” katanya.

Beliau juga menggesa agar semua pihak termasuk parti politik agar menghentikan tuduhan yang bersifat peribadi. “Tuduhan seperti ini baik di pihak parti politik mana pun kena elakkan tuduh dalam jenayah seksual, tuduhan seperti ini patut dihentikan,” katanya.

Polis telah menahan Abdul Rahim dan Shazryl berhubung pendedahan video seks itu pada Khamis lalu — bahan bukti termasuk rakaman video turut diserahkan. Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan, Umno tidak terlibat dalam rakaman video seks itu. Anwar juga telah menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan telah membuat laporan polis. - TMI

07 September 2010

Lagi nak minta Harussani buat fatwa ... macamana dengan kes ini?




Rosmah baru khatam Quran? ... tak kisah lah aku bila dia nak khatam itu hak dia ... atau khatam hanya untuk dapatkan publisiti atau simpati, promotkan diri, menunjuk-nunjuk dan macam-macam lagi dia ni sekoq boleh buat apa saja dalam negera yang dinamakan Malaysia ni, sebab dia ingat Malaysia ni laki dia punya ... Lantak korang lah ...
Tapi yang aku nak tunjuk pada korang semua ... minah sekoq ni memang tak boleh diajar dah ... lagi pun macam kata seseorang dalam komen pada artikel aku terdahulu "najib takut nak ajar dia ni ..." hahaha ... aku rasa pun macam tu. Kalau najib sendiri pun takut, macamana pula Harusani, yang kuat sangat melalak kalau terkena kepada pembangkang ... tapi diam membisu dengan apa-apa tindakan pihak umNOapco ... itu lah sebahagian Mufti di Malaysia yang aku labelkan sebagai Mufti cari makan ... bukan Mufti untuk mejaga hukum hakam Islam ...

Di hadapan Al Quran bini montel najib ni masih juga tidak menutup auratnya, masih menampakkan jambul nya , sama seperti Hannah Yeoh AP Subang Jaya diatas ...
Susah sangat ke nak menutup aurat ni ??????????????????

14 November 2008

Mufti Perlis letak jawatan akhir bulan ini - malaysiakini

KANGAR: Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata beliau tetap dengan keputusan untuk meletakkan jawatan itu akhir bulan ini sambil menolak dakwaan bahawa Universiti Sains Malaysia (USM) tidak membenarkannya melanjutkan perkhidmatannya di negeri itu sehingga tahun depan.
Sebaliknya beliau berkata, melalui sepucuk surat kepada Setiausaha Kerajaan Perlis bertarikh 16 September lalu, universiti itu bersetuju meminjamkannya kepada kerajaan negeri sehingga 30 Jun tahun depan.
Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Perlis, Jafperi Othman memberitahu sidang dewan undangan negeri, USM tidak membenarkan lanjutan peminjaman Mohd Asri sebagai Mufti Perlis.
Sehubungan itu, kerajaan negeri akan mengembalikan Mohd Asri kepada USM akhir bulan ini.
Beliau berkata, mulai Disember ini beliau akan bertolak ke United Kingdom untuk melanjutkan pengajiannya sebelum menerima pelbagai tawaran menarik.
Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan tawaran itu.
Mohd Asri berkata, beliau diminta oleh Raja Muda Perlis untuk mengemukakan dua calon yang bakal menggantikan tempatnya namun enggan menyatakan nama calon itu.
Katanya, beliau tidak pernah kesal dilantik menjadi Mufti Perlis bahkan seronok dengan tugas itu malah banyak pandangannya diterima oleh pelbagai pihak.
Beliau berkata, walaupun tidak memegang jawatan Mufti Perlis selepas ini namun beliau akan tetap menyuarakan pandangan yang berkaitan dengan keagamaan. BERNAMA

08 October 2008

RAJA PERLIS NASIHAT MAZA TERUSKAN KHIDMAT

Dr Mohd Asri Zainul Abidin telah dinasihatkan oleh Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail supaya terus berkhidmat sebagai mufti Perlis.

Baginda bertitah demikian sewaktu menerima Dr Mohd Asri mengadap di istana negeri di Arau pagi tadi.Dr Mohd Asri mengadap baginda berhubung keputusannya untuk bersara lebih awal, walaupun kontraknya hanya tamat Oktober tahun depan.Kontrak pertama beliau selama dua tahun berakhir bulan depan.Bagaimanapun, ia disambung selama setahun lagi, sehingga Oktober tahun depan.

Ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini, Dr Mohd Asri berkata, baginda mahu beliau terus bertugas sebagai mufti Perlis kerana berpuashati dengan prestasi perkhidmatannya.

"Baginda juga berkata, saya telah meletakkan satu 'level' yang tinggi kepada institusi ini (mufti)," katanya.

Dr Mohd Asri juga berkata, selama ini baginda telah mendapatkan gambaran yang silap bahawa kontraknya tamat bulan ini.

'Permainan politik'

Oleh itu, katanya, sekiranya beliau mahu terus berkhidmat, bagi baginda bersedia menitahkan supaya kontraknya diteruskan.

Bagaimanapun, katanya, baginda menyerahkan kepada beliau untuk keputusan beliau sendiri."Sekiranya saya berhenti, maka baginda akan mengeluarkan watikah penghargaan terhadap perkhidmatan saya (di Perlis)," katanya.

Diminta sama ada beliau akan menimbang nasihat baginda itu, Dr Mohd Asri berkata keputusannya untuk berhenti adalah muktamad.

Bagaimanapun, katanya, beliau akan menimbang permintaan baginda supaya beliau melanjutkan sedikit lagi tempoh perkhidmatannya.

Semalam, Dr Mohd Asri mengumumkan akan bersara mengejut akibat "tidak selesa dengan permainan politik" oleh beberapa pihak dalam kerajaan negeri berhubung pengendalian kontrak perkhidmatannya.

“Cara menguruskannya, macam main silap mata. Mereka tidak jujur,” kata kepada Malaysiakini semalam.

Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan lanjut bentuk permainan politik itu dan pihak yang terlibat.

Dr Mohd Asri yang juga bekas ahli akademik Universiti Sains Malaysia (USM) juga berkata, beliau akan kembali mengajar di kampus itu di Pulau Pinang mulai 1 November ini.

Selepas itu, katanya, beliau akan berlepas ke United Kingdom selama tujuh bulan mulai 1 Disember untuk menjalankan kajian berkaitan pengajian hadis dan politik.

Sebelum meninggalkan jawatan itu, tambahnya, beliau akan mencadangkan penggantinya seperti yang pernah diamalkan oleh khalifah Islam yang pertama, Abu Bakar as-Siddiq. - MALAYSIAKINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive