Showing posts with label Ramlang Porigi. Show all posts
Showing posts with label Ramlang Porigi. Show all posts

14 November 2008

Ramlang Porigi di PRK Pmtg Pauh - malaysiakini

Petikan dari: PerakExpress

14 November 2008

Ariff Shah menjangkakan dia boleh menang dalam Pilihanraya Kecil PErmatang Pauh dengan majoriti paling kuran 5,000. Pihak Anwar pulak yakin boleh menang tapi mungkin dengan majoriti yang kurang dari yang diperolehi oleh Wan Azizah.
Kalau ini berlaku, imej Anwar akan tercalar.Anwar mesti menang dengan majoriti yang lebih tinggi dari yang diperolehi oleh Wan Azizah. Dan satu pelan diperlukan untuk memastikan Anwar mendapat majoriti yang lebih tinggi. dan pelan tersebut telah dirancang dengan begitu teliti, seperti cerita-cerita spy yang biasa kita tonton.
Satu pusat operasi telah ditubuhkan disebuah hotel, lebih kurang setengah jam perjalanan dari Permatang Pauh. Tujuannya ialah untuk mengetahui sentimen pengundi, terutamanya orang-orang Melayu yang merupakan majoriti dikawasan tersebut. Apakah isu yang paling dekat dihati mereka? Apakah isu yang bermain dikepala mereka?
Isu yang bermain dikepala mereka pada masa itu ialah..mengapa Anwar tidak mahu bersumpah menjunjung Quran bahawa dia tidak meliwat saiful Bukhari. Saiful telah melakukannya dan bersumpah bahawa Anwar meliwatnya. Mengapa Anwar tidak mahu bersumpah seperti yang dilakukan oleh Saiful?
Ramai pengundi-pengundi Melayu tidak menyedari bahawa istiadat bersumpah itu bukan lah perkara yang diajar didalam Quran. (Dizaman Nabi, mana ada Quran dalam bentuk buku.)
Seseorang itu tidak boleh menggnakan quran untuk kepentingan politik. Lagi pun, sekiranya Anwar berbuat begitu ditengah-tengah musim kempen, ia akan disalahtafsirkan sebagai gimik politik untuk meraih undi. Tindakan ini mungkin akan menikam diri sendiri dan Anwar mungkin akan kehilangan undi.
Anwar tidak mahu mengikut jejak langkah Saiful, sebaliknya membuktikan bahawa sumpah yang dibuat oleh Saiful adalah satu pembohongan. Dan untuk melakukan perkara tersebut, mereka memerlukan Imam yang menjadi saksi didalam upacara bersumpah tersebut.
Ramlang Porigi telah berjaya dihubungi di kuala Lumpur. Imam tersebut merasa bersalah dengan apa yang telah berlaku. Dia merupakan sebahagian daripada konspirasi tersebut walaupun dia sendiri tidak mengetahui apa yang dirancang. Dia merasa kecewa apabila mendapat tahu bahawa itu itu semua satu konspirasi dan beliau telah diperangkap…dan tidak dapat keluar dari situ. Apakah caranya bagi beliau untuk membetulkan ketidakadilan yang dilakukan terhadap Anwar?
Ramlang Porigi merasa gembira apabila beliau dihubungi. Beliau bersedia untuk menceritakan segala-galanya dan memberitahu umum bagaimana beliau telah diperangkap didalam upacara bersumpah tersebut dan kesalahan-kesalahan yang berlaku semasa upacara tersebut. dan dia bersedia menceritakan segala-galanya dikhalayak ramai.
Imam Ramlang telah dijadualkan untuk muncul dikhalayak ramai dua hari sebelum hari mengundi, masa yang paling penting dimana Umno dijangkakan berbuat apa saja untuk menang. Keluarga Ramlang telah dibawa kesatu tempat demi keselamatan mereka, dan Ramlang telah disembunyikan. Dua hari sebelum hari mengundi, Ramlang telah dibawa ke Pulau Pinang dengan satu konvoi kereta dan beberapa buah motorsikal besaryang bersedia untuk bertindak sekiranya terdapat sekatan jalan atau ada usaha untuk menahan Ramlang.
Konvoi tersebut sampai di Pulau Pinang pada pukul 5.00 Petang tanpa sebarang masalah. Ramlang dijadualkan muncul buat kali pertama pada pukul 7.00 petang dan bercakap didalam sebuah masjid. Dan apabila beliau membuat pendedahan, ramai dari jemaah wanita menitiskan airmata manakala jemaah lelaki pula berebut-rebut berjabat salam dengan beliau.
Keseluruhan Pelan A berjaya dilakukan.
Ramlang dijadualkan muncul dalam satu ceramah selepas itu. anwar sendiri akan berucap dalam ceramah yang dihadiri oleh lebih 30,000 orang pada malam tersebut. (Nik Aziz juga turut serta).
Dua imam, lengkap denga jubah dan serban dibawa keceramah tersebut, lengkap dengan kawalan keselamatan. Sebenarnya, mereka dijadikan umpan untuk menarik perhatian. Semua hadirin berebut-rebut kehadapan untuk melihat imam-imam tersebut. Diantaranya ialah pegawai-pegawai Cawangan Khas. Masing-masing berebut-rebut untuk melihat Ramlang Porigi, sebaliknya tertanya-tanya yang mana satu? Dalam masa yang sama, Ramlang telah diseludup masuk mengikut pintu belakang, dengan hanya memakai pakaian sukan. Tiada siapa yang mengenali…sehinggalah beliau muncul diatas pentas.
Sebaik sahaja selesai, Ramlang dibawa pergi dan disembunyikan. Lewat tengahmalam, khabar-khabar angin mengatakan bahawa arahan telah dikeluarkan supaya Ramlang akan ditangkap. Phak keselamtan PKR telah membawa ramlang didalam sebuah kereta dan menyeludup beliau keluar dari Pulau Pinang. Walaupun Cawangan Khas terus mencari…namun Ramlang tidak berjaya ditemui kerana telah disembunyikan disebuah negeri jiran. Pihak Cawangan Khas juga gagal menemui keluarga Ramlang yang telah disembunyikan.
Keselamatan dipertingkatkan apabila Ramlang dijadualkan muncul sehari sebelum hari mengundi. Cawanga Khas bersunggguh-sungguh berusaha tetapi tidak dapat menembusi kawalan unit keselamatan PKR. Mereka hanya mampu melihat Ramlang berceramah…lepas satu…satu..menceritakan apa yang berlaku diMasjid Wilayah pada hari tersebut.
Anwar menang di Permatang Pauh dengan majoriti yang jauh lebih besar. Ramlang kembali ke Kuala Lumpur untuk menyambung tugasnya….sekiranya dibenarkan, memandangkan kemenangan Anwar tempoh hari…sebahagian besarnya adalah kerana…Ramlang Porigi.
Kerajaan tidak berani menyingkir Ramlang, tetapi mereka meletakkan beliau didalam peti sejuk. Beberapa ahri lau, apabila mereka merasakan semuanya sudah kembali kepada biasa, dan rakyat sudah lupa tentang kisah ini, mereka menghantar surat tunjuk sebab, dengan rancangan untuk menyingkir Ramlang Porigi dari jawatannya.
Ramlang telah diberikan dua minggu untuk memberi sebab mengapa beliau boleh disingkir dari jawatannya dari kerajaan. beliau telah menyebabkan Umno tewas di Permatang Pauh. Anwar menang dengan majoriti yang lebih tinggi kerana Imam ini telah bercakap benar. Bercakap benar bukan lah apa yang patut dibuat oleh seorang imam yang soleh. Imam yang soleh sepatutnya berkhidmat kepada kerajaan, bukan kepada Tuhan.
Ramlang tidak mahu meletakkan jawatan walaupun didesak berbuat begitu. Kalau mahu..singkirkan saja! Dia akan menerima apa sahaja kerana percaya Tuhan telah menetapkan segalanya untuk dia. Apa yang dilakukan hanyalah bercakap tentang kebenaran. apa yang dilakukan hanyalah memberitahu apa yang sebenarnya terjadi, tidak seperti apa yang dilaporkan oleh TV. Dia lebih takut kepada Tuhan daripada manusia, kerana itulah yang dituntut oleh agama.
Tindakan kerajaan untuk menyingkir Imam Ramlang Porigi akan menyulitkan lagi keadaan buat Umno. Sepatutya Umno perlu bermuhasabah diri..bukan meninmbulkan kemarahan rakyat. Mereka yang bercakap benar di aniaya, perasuah dan penyangak di bela. Ini lah mesej yang akan difahami oleh rakyat.

Artikel ini adalah terjemahan bebas dari artikel asal., “Only the good die young

12 September 2008

Investigation On Imam To Be Made Public - Zahid

By: Ramjit-->

KUALA LUMPUR, Sept 11 (Bernama) -- The investigation on Ramlang Porigi, the imam who witnessed Mohd Saiful Bukhari Azlan's swearing on the Quran last month, will be announced soon.

Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said he had received the report on the investigation and would study it first before making the announcement."I have yet to read the report; I will announce it to the media when I had done so," he told reporters after presenting Aidilfitri gifts to patients at the Universiti of Malaya Medical Centre here Thursday.

Ramlang told a political gathering at the Permatang Pauh by-election last month that he was instructed by his superior to witness Mohd Saiful's oath, in which he swore that Datuk Seri Anwar Ibrahim had sodomised him.

The Malaysia Islamic Development Department (Jakim) had said that action would be taken against Ramlang if he was found to have campaigned in the by-election.Ramlang is an imam at the Federal Territory Mosque.-

- BERNAMA

03 September 2008

Imam Ramlang Porigi Pulak Hilang


Apakah selepas ini Imam Ramlang Porigi pula akan hilang setelah muncul di Pmtg Pauh baru-baru ini? Beliau dikatakan bercuti selepas PRK Pmtg Pauh tempohari dan di jangka kembali bertugas semalam (Selasa 2/8) tapi mengikut kata Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan Abdul Malek Salleh ..

"Belum kembali bertugas. Apa yang boleh saya beritahu ialah beliau menambah cutinya buat sementara waktu.

"Alasan yang diberikan ialah beliau ingin terus berehat dan tenangkan fikiran," katanya

Ditanya sama ada Ramlang ada menghubunginya bagi memaklumkan mengenai hasrat melanjutkan cuti, beliau berkata Ramlang ada berbuat demikian.
"Ya, dia ada hubungi saya untuk maklumkan mohon cuti tambahan, jadi saya izinkan," katanya.


Sama-sama kita tunggu episod selanjutnya tentang Imam Porigi yang telah menjadi saksi kepada sumpah Saiful baru-baru ini

Sumber: mStar Online

30 August 2008

Dilema imam Ramlang: 'Saya tidak kempen, cuma jelaskan isu sumpah

30-08-2008 02:03:48 PM Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi yang menjadi saksi angkat sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan yang didakwa diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mengejutkan banyak pihak ketika kempen pilihan raya Permatang Pauh minggu lalu menjelaskan dia masih lagi imam masjid berkenaan.

"Hingga kini, Insya-Allah saya masih lagi imam di Masjid Wilayah Persekutuan," katanya kepada mStar Online semalam.

Ramlang memberitahu, beliau tidak menerima sebarang surat tunjuk sebab atau arahan daripada pihak pentadbiran berhubung kedudukan jawatannya sekarang.

"Tidak, tidak terima apa-apa surat pun. Mengapa pula saya nak dikenakan tindakan sedangkan saya tidak melakukan kesalahan," katanya.
Beliau yang kini sedang bercuti selama seminggu bermula Isnin lalu akan kembali bertugas seperti biasa Selasa ini.

Rabu lalu Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, kemungkinan Ramlang boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana terlibat dengan kempen pilihan raya Permatang Pauh.

Bagaimanapun jelas beliau, kehadirannya di Permatang Pauh, yang dikatakan 'berkempen' untuk Anwar, adalah bertujuan menjelaskan kepada masyarakat mengenai perkara sebenar serta tidak mahu orang ramai salah anggap tentang kehadirannya semasa Mohd Saiful bersumpah.

"Saya bukan berkempen. Saya hanya mahu beri penjelasan sebenar. Satu patah perkataan pun saya tak sebut mengenai kempen.

"Saya tidak kata pun kepada mereka di sana supaya undi mana-mana calon," katanya yang enggan menyatakan di mana beliau berada sekarang.
Beliau yang dihubungi hari ini juga enggan menyatakan di mana beliau berada bimbang keselamatannya terancam.

Ramlang berkata, beliau hadir ke 'pentas' Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah atas kehendak sendiri tanpa didorong oleh sesiapa mahupun untuk kepentingan peribadi.
Anwar bertanding atas tiket PKR dan menang Selasa lalu.

Jelasnya lagi 'kebetulan' PKR menyediakan platform serta memberi ruang kepadanya untuk membuat penjelasan berhubung perkara ini.

Ditanya mengapa tidak menggunakan saluran lain untuk membuat penjelasan, beliau berkata pihak lain mungkin susah menerima penjelasannya itu.

"Saya tak pilih Barisan Nasional (BN) sebab saya tahu penjelasan saya tidak akan diterima.
"Cuba anda fikir, jika saya ada pilihan iaitu sama ada BN, kenyataan media atau PKR... mana satu saluran yang orang nak dengar dan percaya?"

Diminta penjelasan mengapa beliau tidak memilih PAS untuk tujuan itu kerana PAS sememangnya memperjuangkan Islam, beliau berketa: "Sebab PAS tak jemput saya dan tak beri peluang kepada saya,".

Ramlang juga menyatakan kehadirannya semasa Mohd Saiful bersumpah laknat pada 15 Ogos lalu adalah secara kebetulan kerana beliau bertugas pada hari tersebut.
"Kebetulan saya bertugas, jadi pihak atasan mengarahkan saya untuk mendengar sahaja, bukan untuk mengatur.

"Saya tegur sewaktu dia (Mohd Saiful) tersalah sebut perkataan Watallahi sebab terlalu jelas kesalahannya, yang lain-lain saya dengar sahaja," katanya.
Bagaimanapun beliau kesal kerana ramai pihak yang menuduhnya bersekongkol dengan pihak-pihak tertentu.

Diminta mengulas mengenai 'arahan pihak atasan' seperti yang dimaksudkannya sebelum ini, beliau berkata dalam hal ini ia perlu difikirkan secara logik akal.
"Ini kena fikir logik. Masjid Wilayah Persekutuan adalah di bawah kerajaan negeri, jika kita ingin melakukan sesuatu di dalam masjid, perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu dari pihak atasan.

"Sepatutnya imam besarlah... tapi dia tidak ada kerana mengerjakan umrah. Jadi anda fikirlah masjid ini di bawah pentadbiran siapa? Siapa lagi yang boleh memberi kebenaran?" katanya yang enggan menyebut siapakah pihak yang dimaksudkannya itu.

- mStar Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive