
02 June 2014
Tak payah panggil YB la .....- N Surendran

25 April 2012
Isu Shafie - Zahida : YB Zuraida terima surat peguam dari Zahida
Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin hari ini berkata, beliau telah menerima surat tuntutan guaman daripada pelakon wanita terkenal Zahida Rafik yang didakwanya menerima bayaran RM1.5 juta daripada menteri Umno.Zuraida berkata, surat melalui peguam Datuk Seri Shafee Abdullah bertarikh 23 April itu menuntutnya berhenti daripada membuat kenyataan berhubung isu yang mengaitkan Zahida dengan Menteri pembangunan luar bandar Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Zuraida berkata, surat itu juga memintanya menarik balik kenyataan, memohon maaf serta membuat bayaran ganti rugi dalam masa tujuh hari atau prosiding undang-undang akan dimulakan.
"Saya tidak menjangka untuk terima satu surat daripada Zahida. Saya fikir Shafie yang mahu menyaman saya.
10 March 2011
Siapa MP Keadilan yang dibayar RM1.4 juta? .. dah tahu, mai tengok
Jika tiga bulan keluar parti menerima habuan RM1.4 juta, berapa pula nilai yang diperoleh seseorang Ahli Parlimen KEADILAN yang belot, dalam tempoh lebih panjang?Mengajukan pertanyaan itu, Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail merujuk kepada perbuatan Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrisnan yang keluar parti dan terbukti mampu menjelaskan hutan bernilai RM1.4 juta.
“Jika Ahli Parlimen Padang Serai mampu menjelaskan bayaran tanah berjumlah RM1.4 juta dalam masa tiga bulan, berapakah agaknya habuan yang beliau terima sebagai harga perkhianatan ini?
“Kalau, ‘nilai’ Ahli Parlimen Padang Serai dengan jumlah RM1.4 juta, berapa pula habuan yang diterima Ahli-ahli Parlimen Bayan Baru, Wangsa Maju, Bagan Serai, Kulim Bandar Baharu dan Nibong Tebal,” soalnya lagi pada pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Beliau turut mendedahkan bukti salinan dua cek bernilai RM700,000 dan RM 701,250 masing-masing bertarikh 12 Januari dan 15 Mac tahun ini, yang dipercayai sebagai bayaran pajakan tanah seluas 100 ekar di Lojing, Kelantan.
Katanya, Gobalakrisnan secara tiba-tiba menyelesaikan bayaran pajakan tanah antara syarikat miliknya, Embun Megah Sdn Bhd dengan Kumpulan Pertanian Kelantan Bhd yang berjumlah RM 1.4 juta.
“Dari mana sumbernya? Siapakah yang ‘bermurah hati’ menolong. Urus niaga apa yang dilakukannya yang memungkinkan wang sebanyak itu diperoleh?” katanya.
Beliau turut menggesa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) supaya ‘bertanya khabar’ kepada Gobalakrishnan berikutan kemampuannya membuat bayaran RM1.4 juta dalam satu transaksi
Saifiuddin juga mengulangi pendirian betapa pengkhianatan pemimpin KEADILAN keluar parti termasuk Ahli-ahli Parlimen,didorong habuan lumayan yang tidak mungkin diperoleh jika kekal dalam parti.
“Dek dorongan inilah ramai yang rewas. Ralatnya, mereka mencipta alasan-alasan yang tidak masuk akal untuk menjustifikasikan tindakan mereka.
Selain Gobalabrishnan, Ahli Parlimen Bayan Baru, Mohamed Zahrain Hashim; Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng; Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Shamsuri keluar parti dengan pelbagai alasan.
Sebaliknya, pelbagai laporan menunjukkan tindakan mereka bersandarkan faktor kewangan termasuk membayar hutang masing-masing.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=8534
Saifuddin Wants IRB to Investigate Gobala Over RM1.4mil Payment
by Aidil Syukri
KUALA LUMPUR, 10 MARCH, 2011: Parti Keadilan Rakyat (PKR) through its secretary-general, Saifuddin Nasution, urged the Inland Revenue Board (IRB) to investigate, N Gobalakrishnan over the latter’s payment of RM1.4 million to Kumpulan Pertanian Kelantan Bhd through his company Embun Megah Sdn Bhd.
According to Saifuddin, it is strange that suddenly the Padang Serai MP could pay such huge sums of money to Kumpulan Pertanian Kelantan.
“PKR is urging the IRB to ‘say hello’ to Gobala and asked on how he is able to pay RM1.4 million to Kumpulan Pertanian Kelantan Bhd. Ask him where did he get the source (of funds). Who is so generous to help him?” Saifuddin said in a press conference at Parliament today.
“January and March has been the peak period of his attacks, criticism and defamation towards PKR. And within this time he is suddenly able to pay that sum of money,” he added.
Saifuddin who is also the Machang MP said PKR reiterated that the betrayals of some PKR MPs are being driven by lucrative rewards that are impossible to be enjoyed by them if they were to remain in PKR.
“Unfortunately, they created absurd reasons to justify their actions. The question is, if he (Gobala) is able to pay RM1.4 million in just three month, how much did he receive as the price of his betrayal? And also, how much does the Wangsa Maju MP, Bagan Serai MP, Kulim Bandar Baharu MP and Nibong Tebal MP received?” he added.
He also added that the reason for Gobala quitting from PKR was also driven by his dissatisfaction for not being elected to lead any state government companies which he thought would have secured him huge returns - malaysiandigest
09 March 2011
Sebab MP Keadilan keluar parti
Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail mempersoal tindakan Ahli Parlimen KEADILAN yang keluar parti, baru-baru ini , disebabkan menerima wang dari pihak tertentu untuk membuat bayaran hutangnya.
“Cek pertama adalah cek tunai berjumlah RM700,000 dengan tarikh 12 Januari beralamat di sebuah bank di Ipoh manakala cek kedua adalah cek yang mempunyai tarikh sah laku sehingga 15 Mac dengan jumlah RM700,000.
“Cek itu beralamat syarikat milik Ahli Parlimen yang juga alamat kediamannya sendiri. Ia dibayar kepada tuan punya tanah dengan jumlah RM1.4 juta. Persoalannya, dari mana datangnya duit ini?” soalnya sambil menunjukkan bukti salinan bayaran cek berkenaan.
Terdahulu, Saifuddin berkata, Ahli Parlimen yang keluar KEADILAN itu membeli tanah pada 2010 dengan harga RM1.5 juta tetapi gagal membuat bayaran dalam masa 60 hari mengikut perjanjian.
“Saya mendapat salinan perjanjian antara Ahli Parlimen ini dengan pihak yang memiliki tanah. Perjanjian itu dibuat pada Mei 2010. Bayaran mesti dibuat, namun beliau tiada wang,” katanya kepada KeadilanDaily di lobi Parlimen, hari ini.
Menyatakan maklumat itu diperoleh daripada pihak tertentu yang bersimpati dengan KEADILAN, Saifuddin berkata: “Kita ada dokumen dan mereka datang menemui saya menyerahkan bukti.
“Selepas membuat kajian, ia memang sah. Data itu adalah dokumen asal dan saya buat salinan.
“Tindakan ini dilakukan oleh mereka yang tidak tahan melihat lakonan Ahli Parlimen kononnya keluar parti mendakwa kononnya KEADILAN tidak membela rakyat,” katanya yang sudah menjangka tindakan individu itu untuk keluar parti.
“Namun, mereka khianat sebab bertanding dan menang atas tiket KEADILAN. Kita sentiasa mempertahankan bahawa mereka yang mengkhianati parti adalah kerana mereka dibeli,” kata Saifuddin.
02 February 2011
PAS minta Gobala tinggalkan Padang Serai

Mereka meminta Gobalakrisnan 'nyah' dari Padang Serai dengan meletakan jawatan dan memberi mandat kepada rakyat memilih seorang ahli Parlimen yang benar-benar bertanggungjawab dan beretika.
Yang Dipertua PAS Padang Serai, Fauzi Tahir menyifatkan, penyertaan Gobalakrisnan ke bebas menyusahkan rakyat yang telah memberinya kemenangan atas tiket Pakatan Rakyat yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Bukan masa untuk bermain dalam politik sebaliknya nyah dari Padang Serai kerana kami dan rakyat yang prihatin tidak mahu melihat mukanya lagi ekoran sikapnya mengkhianat perjuangan, " jelasnya.
Beliau patut sedar dengan kedudukan tinggi itu semua merupakan hasil kepercayaan rakyat yang telah menolak Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum ke 12 lalu.
Ketua Dewan Pemuda PAS Padang Serai, Abu Tolib Yahaya pula berkata, Gobalakrisnan wajar letak jawatan atau menghadapi tekanan yang lebih dahsyat menerusi demontrasi aman nanti.
Rakyat sangat marah kerana tindakan itu merosakan imej Pakatan Rakyat ketika menghadapi pilihanraya umum ke 13 nanti.
"Pemuda PAS terpaksa mengadakan demontrasi aman bersama PKR dan DAP kerana tidak mahu seorang ahli Parlimen yang suka melompat tetapi mahukan seorang pejuang yang kuat dan teguh walaupun apa juga rintangan yang dihadapi, " tegasnya.
Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Lunas, Haji Derani Wahab pula berkata, sewaktu Adun Lunas Radzi Salleh letak jawatan Gobalakrisnan adalah orang pertama menganjurkan ceramah menghentam tindakan Radzi tetapi kali ini beliau pula menuruti langkah yang serupa.
"Gobalakrisnan akan menghadapi gelombang rakyat yang memarahinya dan besar kemungkinan satu tindakan membantah langkahnya itu akan berkumandang. Kita tidak boleh sekat kerana itu adalah hak rakyat yang memberinya kemenangan, " tambahnya.
Sementara itu bekas Yang Dipertua PAS Padang Serai, Ustaz Azmi Abdullah mengingatkan, Gobalakrisnan agar lepaskan jawatan ahli Parlimen untuk diadakan pilihanraya kecil segera.
Bukan membiarkan parlimen ini diwakili oleh Ahli Parlimen Bebas yang akan melupakan tanggungjawabnya terhadap rakyat setelah kecewa dengan sikap parti yang disertainya.
Beliau juga harus sedar jelasnya, kedatangan Gobalakrisnan dulu hanya sehelai sepinggang dan PAS bekerja bersungguh-sungguh memastikan kemenangan.
"Saya sewaktu itu merupakan orang yang bertanggungjawab penuh memperkenalkan Gobalakrisnan dan membawanya ke semua lokasi berjumpa rakyat amat kecewa dan berharap beliau lepaskan jawatan Ahli Parlimen kerana kami tidak mahu melihat kelibatnya lagi di Padang Serai, " tegasnya yang lebih dikenali sebagai 'Ustaz topi merah'. HD
15 October 2010
Dendam ‘pariah’ Gobala-Azmin
Ahli Parlimen PKR Padang Serai N. Gobalakrishnan bukan sahaja boleh bikin gamat macam aksinya ketika cuba dicekup polis semasa buat kacau waktu penamaan calon pilihanraya kecil Penanti tidak lama dahulu.
Karektor Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR itu memang semulajadi apabila beliau ‘mengamuk’.
Penyokong tegar Datuk Zaid Ibrahim ini betul-betul lepas geram pada Azmin Ali pagi Khamis mengenai dendam lamanya kerana memanggil beliau ‘ pariah ’ dalam satu mesyuarat parti itu beberapa tahun lalu.
Inilah waktunya untuk ‘ mandikan ’ Azmin sampai basah kuyup.
Ledakan Gobala di sidang akhbar di bangunan Parlimen tentunya boleh bikin Azmin hilang markah untuk berdepan pemilihan jawatan Timbalan Presiden di kalangan para pengundi kaum India yang tidak kurang pengaruhnya dalam parti itu.
Geramnya pada apa yang didakwanya tindak tanduk sekumpulan pimpinan PKR yang manipulasi percaturan pemilihan – telah juga mendorongnya memberi kata dua nak angkat kaki dari PKR jika ia tidak diperbetulkan segera.
Drama Gobala VS Azmin ini adalah antara insiden yang menurut ahli PKR paling menconteng arang imej parti itu selain daripada hu ha kerusi terbang dan bergaduh di beberapa cabang semasa mesyuarat baru-baru ini.
Kalau orang di atas sudah main bahasa ‘ pariah ’ dalam mesyuarat tertutup seperti yang didedah oleh Gobala ini ramai yang dikatakan merasa kabur dengan ikatan pimpinan yang selalu cuba ditunjukkan berpadu dan mesra di khalayak ramai.
Sumber-sumber parti memberitahu semasa kejadian berkenaan Gobala dan Azmin nyaris bergasak dalam mesyuarat.
Azmin yang diserbu wartawan di Parlimen juga untuk mendapatkan reaksinya tidak langsung menafikan insiden ‘ pariah ’ itu.
Mungkin beliau sedar ramai saksi waktu kejadian itu dan pastinya tidak mahu jolok lagi Gobala yang dah naik sheikh habis.
Beliau sebaliknya menolak dakwaan terlibat manipulasi proses pemilihan.
Naib Presiden PKR itu tidak faham bagaimana beliau boleh didakwa manipulasi sedangkan kuasa mengundi ada pada setiap ahli.
Dengan nada sayu Azmin berkata kini semua masalah hendak dipersalahkan ke atasnya.
“Tidakkah anda bersimpati dengan saya…” ujarnya yang kini berdepan dengan kartel Tan Sri Khalid Ibrahim-Datuk Seri Wan Azizah Ismail-Nurul Izzah Anwar dan pastinya Zaid yang hendak memintas cita-citanya untuk menjadi orang nombor dua PKR - [Agenda Daily]