Showing posts with label kerjaan perpaduan. Show all posts
Showing posts with label kerjaan perpaduan. Show all posts

20 June 2009

Jarum UMNO dah menular dalam PAS

Oleh nurzaman "

UMNO pasti sukar untuk memainkan jarumnya dalam PKR atau DAP ini kerana PKR yang rata-ratanya bekas pemimpin UMNO dulu amat suakr untuk dipengaruhi. Mereka sanggup tinggalkan segala kesenangan dan kemewahan semata-mata untuk berjuang dan kini apabila buah kejayaan sudah mula berputik mereka nak tinggalkan apa yang mereka perjuangan selama ini.

Cuma dalam ramai-ramai tu adalah seorang dua yang boleh dibeli seperti Ezam dan rakan-rakannya itu pun kerama Ezam mempunyai masalah dengan Azmin Ali. Dalam ramai-ramai itu juga ada yang takut seperti mana dua ADUN Perak terpaksa akur dengan kehendak dan kemahuan pimpinan BN setelah diugut dengan tindakan mahkamah atas isu rasuah.

Percubaan seterusnya UMNO menyerang PKR apabila mereka cuba memerangkap bekas ADUN Penanti Mohd Fairus juga atas isu rasuah. Walaupun beliau orang muda tapi beliau lebih bersemangat dan berani daripada dua ADUN Perak dan terus meletak jawatan. Begitu juga dengan bekas calon bebas yang kemudiannya menjadi anggota PKR juga diserang sehingga meletakan jawatan.

UMNO pastinya gagal mengugat keutuhan DAP kerana selama ini kepimpinan UMNO seolah-olah mengecap DAP sebagai parti yang mengamalkan perkuaman yang cukup kuat. Orang-orang UMNO di kampung-kampung cukup takut kepada DAP.

Sebaik saja Pakatan Rakyat menang di Pulau Pinang dan Lim Guan Eng di lantik sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, ramai orang UMNO yang menempelak penyokong Pakatan Rakyat termasuk saya sendiri. Jawapan saya mudah adakah Tan Sri Koh Tsu Koon itu melayu? Kalau Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon itu melayu saya mengaku saya silap.

Kalau nak diambil kira GERAKAN yang menang besar dalam pilihanraya 1969 juga adalah parti pembangkang kepada BN/UMNO dan selepas pilihanraya itu allahyarhan Tun Razak mengambil pendekatan baik dan berjaya membawa GERAKAN dan PAS menyertai BN.

Nampaknya kini Datuk Seri Najib cuba menggunakan pendekatan yang sama sepertimana yang dibuat oleh almarhum bapanya dulu dengan mengenenggahkan isu kerajaan perpaduan. Isu ini berjaya menarik perhatian beberapa orang pemimpin tertinggi PAS seperti Tuan Guru Haji Hadi Awang, Timbalannya Nazarudin Md. Isa dan Setiausaha Agung PAS Mustapa Ali.

Namun begitu isu ini telah menimbulkan kemarahan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat kepada kelompok yang menyokong kerajaan perpaduan malah beliau telah meminta Nasarudin Md. Isa untuk tinggalkan PAS dan letak jawatan sebagai Ahli Parlimen Bacok.

Baru-baru ini 10 orang ahli parlimen PAS telah mengadakan sidang akhbar menyokong pendirian parti mereka dan menolak cadangan kerajaan perpaduan. Mereka terdiri daripada Dr Hatta Ramli, Khalid Abd Samad (Shah Alam), Dr Dzulkifli Ahmad (Kuala Selangor), Kamaruddin Jaafar (Tumpat), Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr Lo' Lo' Ghazali (Titiwangsa), Dr Mohd Hayati Othman (Pendang), Taib Azamudden Mohd Taib (Baling) dan Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar).

Berdasarkan senario ini kita rasa jarum UMNO telah berjaya masuk dan menular dalam batang tubuh PAS sehingga menimbulkan suasana yang kurang baik dikalangan rakyat. Rakyat telah memberikan sokongan yang cukup kuat kepada PAS dan Pakatan Rakyat dan kini Pakatan Rakyat memang berada diambang kemenangan tiba-tiba kepimpinan tertinggi PAS pula membuat masalah.

Hari ini majoriti rakyat hanya menunggu pilihanraya ke-13 untuk menukar kerajaan yang ada. Ramai yakin BN/UMNO akan tumbang dalam pilihanraya tersebut. Hakikatnya majority rakyat sudah, jelak, muak dan meluat kepada BN/UMNO. Rakyat sudah sampai tahap bebal dan sanggup untuk mengorbankan BN/UMNO yang telah lama mereka sokong.

Jadi kepimpinan tertinggi PAS yang termakan dengan umpan yang dilemparkan oleh UMNO, sabarlah masa sudah dekat dan UMNO kini berada dalam keadaan terkapai-kapas hendak lemas dan mereka akan memautkan apa saja bagi menyambung tali hayat mereka untuk terus memerintah negara ini.

Kemarahan Tok Guru Nik Aziz kerana PAS Kelantan telah melalui pengalaman pahit bergabung dan kemudiannya mereka memecah belahkan perpaduan dalam PAS. Mereka menyokong kelompok untuk menubuhkan Berjasa. Tok Guru Nik Aziz pastinya tidak mahu digigit oleh ular yang sama malah dari lubang yang sama, dari itu lupakanlah soal kerajaan perpaduan rapatkan saf kuatkan langkah dalam usaha menumbangkan kerajaan BN/UMNO yang mana rakyat sudah bersedia untuk menukarnya. - UtaraOnline

09 June 2009

Lagi cerita KERAJAAN PERPADUAN - Ahli PAS Tenang, Labis akan keluar parti

PART I

Heboh sekarang di Tenang, Labis Johor apabila ramai ahli PAS tidak berpuas hati mengenai Kerajaan Perpaduan. Ketika duduk di kedai kopi dan Markas Tarbiyyah PAS, ahli PAS berbincang serta akan keluar parti beramai-ramai sekiranya kerajaan perpaduan akan dilaksanakan.Mereka kata, buat apa bersama PAS sekiranya mereka terus bersama musuh.

Ramai juga mengatakan yang TGHA akan diberi jawatan TPM 2 sekiranya ianya dilaksanakan. Persoalannya apakah kerana pangkat maka TGHA sanggup bersekongkol dengan Parti UMNO yang jelas tidak mahu Islam dalam pemerintahannya?

Cawangan PAS Tenang, Labis hanya menunggu masa untuk dibubarkan dan khabar yang terdengar, mereka akan menyertai Parti Keadilan Rakyat. Asalkan mereka terus bersama Pakatan Rakyat namun untuk terus bersama UMNO, tidak sama sekali.

Mungkinkah keadaan ini akan terus merebak ke cawangan PAS yang lain atau mungkinkan banyak lagi cawangan PAS akan dibubarkan? Adakah ini yang TGHA mahukan?

Ikutlah, dan dengarlah kata hati ahli akar umbi. Jangan nanti hingga ratusan ribu ahli keluar parti. Masa tu menyesal kemudian tidak berguna.
Ends............

PART II

PENGUNDI CINA DAN INDIA IKRAR TIDAK AKAN UNDI PAS LAGI.....PKR AKAN TANDING SEMUA KAWASAN DUN DAN PARLIMEN..PRU

Ketika sedang berborak dengan rakan-rakan seperjuangan (cina dan india), mereka mengatakan bahawa selama ini PAS mempermainkan mereka. Undi mereka bagi pada PAS adalah kerana PAS mengatakan yang ia akan berlaku adil kepada semua kaum dan menolah rasuah.

Namun dengan perkembangan terbaru bila ustaz Hadi mengatakan kerajaan perpaduannya bersama UMNO, Maka menurut mereka selama ini PAS menipu mereka hanya untuk mendapatkan undi kaum Cina. Ternyata PAS akan bersekongkol dengan UMNO yang nyata mengamalkan rasuah dan kronilism.

"Kami tarak mau undi PAS lagi", itulah kata yang terkeluar dari masyarakat Cina dan India ketika kami berborak mengenai politik.

Tidakkah PAS sedar yang mereka akan diperkudakan UMNO sekiranya ini menjadi kenyataan? Amat menghairankan bila Khairy Jamaluddin bersungguh2 mahu kerajaan perpaduan ini diteruskan. Ada udang sebalik batu rasanya bila kenyataan dari pemimpin UMNO ini yang dulu mengutuk tapi sekarang memuji pemimpin Pas bila kerajaan perpaduan ini di utarakan.

Ends.....

PRK Manek Urai - PAS akan kalah di tangan UMNO

Ya itu lah jawapan nya di PRK Manek Urai nanti sekiranya cerita klasik "Kerajaan Perpaduan" terus menerus dimainkan. Sudah tentu lah ianya akan digarap semolek mungkin oleh akhbar-akhbar arus perdana seperti yang kita telah pun tahu sebaik selesai Muktamar baru-baru ini.
Apakah yang dicari oleh Haji Hadi, Nasha? Apakah mereka sudah nampak jalan pintas ke Putrajaya atau sudah dijanjikan dengan jawatan Perdana Menteri atau Timbalan Perdana menteri andai PAS dapat bekerjasama dengan UMNO? Lupakan lah. Cara sebegini tidak diterima rakyat.
Apakah kerana sudah terbayang jawatan-jawatan tersebut maka PRK Manek Urai dibiarkan begitu saja? Jangan yang dikendung keciciran, yang dikejar pun belum tentu dapat. Lupakan saja Kerajaan Perpaduan itu. Seperti kata TGNA, 'Kerajaan Perpaduan Mengarut".
Kalau Nasha boleh bersikap "kurang ajar" pada TGNA, apakah pengundi atau penyokong atau ahli PAS Manek Urai juga tidak boleh meluahkan perasaan yang sama pada PAS pada 14 Julai nanti? Jadi bermula dari sekarang ini bekerjalah bersama-sama demi untuk kemenangan di Manek Urai dan seterusnya PRU 13. Insyaallah.
Saya tidak nampak keperluan terdesak untuk PAS bekerjasama dengan UMNO buat masa ini dan dimasa-masa akan datang, parti tuggak kepada BN yang telah menendang keluar PAS dari BN suatu masa dahulu. Beringat lah pada parti yang mempuyai pelbagai tipu helah semata-mata ingin berkuasa. Lupakah kita pada tipu helah umno di Perak?
Lupakan Kerajaan Perpaduan wahai Hadi dan Nasha.

08 June 2009

Kenyataan Presiden PKR mengenai "Kerajaan Perpaduan" PAS

Saya bagi pihak Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) merakamkan ucapan tahniah kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS) kerana berjaya melangsungkan muktamar tahunan kali yang ke-55 di Shah Alam baru-baru ini. Syabas juga saya ucapkan kepada barisan pimpinan PAS yang baru sahaja terpilih di dalam muktamar tersebut.
Muktamar PAS tahun ini menyaksikan isu kerajaan perpaduan menjadi perhatian umum. Pelbagai spekulasi dan andaian telah dibuat oleh pihak-pihak tertentu berikutan dari ucapan dasar Presiden PAS.
KEADILAN berpendirian adalah sebaiknya untuk kami menunggu penjelasan dari pimpinan PAS berhubung isu kerajaan perpaduan mahupun sebarang bentuk perbincangan dengan Umno.Sungguhpun begitu, kami tidak menghalang mahupun mempertikaikan hasrat mana-mana pihak untuk berbincang isu-isu yang membabitkan kepentingan nasional.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengulangi komitmen KEADILAN untuk memastikan Pakatan Rakyat sentiasa berada di dalam keadaan kuat dan utuh. Kami yakin rakan-rakan kami, PAS dan DAP juga mempunyai iltizam yang sama demi memastikan agenda perubahan terlaksana di Malaysia.
WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden
Parti Keadilan Rakyat - SK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive