09 June 2009

PRK Manek Urai - PAS akan kalah di tangan UMNO

Ya itu lah jawapan nya di PRK Manek Urai nanti sekiranya cerita klasik "Kerajaan Perpaduan" terus menerus dimainkan. Sudah tentu lah ianya akan digarap semolek mungkin oleh akhbar-akhbar arus perdana seperti yang kita telah pun tahu sebaik selesai Muktamar baru-baru ini.
Apakah yang dicari oleh Haji Hadi, Nasha? Apakah mereka sudah nampak jalan pintas ke Putrajaya atau sudah dijanjikan dengan jawatan Perdana Menteri atau Timbalan Perdana menteri andai PAS dapat bekerjasama dengan UMNO? Lupakan lah. Cara sebegini tidak diterima rakyat.
Apakah kerana sudah terbayang jawatan-jawatan tersebut maka PRK Manek Urai dibiarkan begitu saja? Jangan yang dikendung keciciran, yang dikejar pun belum tentu dapat. Lupakan saja Kerajaan Perpaduan itu. Seperti kata TGNA, 'Kerajaan Perpaduan Mengarut".
Kalau Nasha boleh bersikap "kurang ajar" pada TGNA, apakah pengundi atau penyokong atau ahli PAS Manek Urai juga tidak boleh meluahkan perasaan yang sama pada PAS pada 14 Julai nanti? Jadi bermula dari sekarang ini bekerjalah bersama-sama demi untuk kemenangan di Manek Urai dan seterusnya PRU 13. Insyaallah.
Saya tidak nampak keperluan terdesak untuk PAS bekerjasama dengan UMNO buat masa ini dan dimasa-masa akan datang, parti tuggak kepada BN yang telah menendang keluar PAS dari BN suatu masa dahulu. Beringat lah pada parti yang mempuyai pelbagai tipu helah semata-mata ingin berkuasa. Lupakah kita pada tipu helah umno di Perak?
Lupakan Kerajaan Perpaduan wahai Hadi dan Nasha.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive