09 June 2009

Lagi cerita KERAJAAN PERPADUAN - Ahli PAS Tenang, Labis akan keluar parti

PART I

Heboh sekarang di Tenang, Labis Johor apabila ramai ahli PAS tidak berpuas hati mengenai Kerajaan Perpaduan. Ketika duduk di kedai kopi dan Markas Tarbiyyah PAS, ahli PAS berbincang serta akan keluar parti beramai-ramai sekiranya kerajaan perpaduan akan dilaksanakan.Mereka kata, buat apa bersama PAS sekiranya mereka terus bersama musuh.

Ramai juga mengatakan yang TGHA akan diberi jawatan TPM 2 sekiranya ianya dilaksanakan. Persoalannya apakah kerana pangkat maka TGHA sanggup bersekongkol dengan Parti UMNO yang jelas tidak mahu Islam dalam pemerintahannya?

Cawangan PAS Tenang, Labis hanya menunggu masa untuk dibubarkan dan khabar yang terdengar, mereka akan menyertai Parti Keadilan Rakyat. Asalkan mereka terus bersama Pakatan Rakyat namun untuk terus bersama UMNO, tidak sama sekali.

Mungkinkah keadaan ini akan terus merebak ke cawangan PAS yang lain atau mungkinkan banyak lagi cawangan PAS akan dibubarkan? Adakah ini yang TGHA mahukan?

Ikutlah, dan dengarlah kata hati ahli akar umbi. Jangan nanti hingga ratusan ribu ahli keluar parti. Masa tu menyesal kemudian tidak berguna.
Ends............

PART II

PENGUNDI CINA DAN INDIA IKRAR TIDAK AKAN UNDI PAS LAGI.....PKR AKAN TANDING SEMUA KAWASAN DUN DAN PARLIMEN..PRU

Ketika sedang berborak dengan rakan-rakan seperjuangan (cina dan india), mereka mengatakan bahawa selama ini PAS mempermainkan mereka. Undi mereka bagi pada PAS adalah kerana PAS mengatakan yang ia akan berlaku adil kepada semua kaum dan menolah rasuah.

Namun dengan perkembangan terbaru bila ustaz Hadi mengatakan kerajaan perpaduannya bersama UMNO, Maka menurut mereka selama ini PAS menipu mereka hanya untuk mendapatkan undi kaum Cina. Ternyata PAS akan bersekongkol dengan UMNO yang nyata mengamalkan rasuah dan kronilism.

"Kami tarak mau undi PAS lagi", itulah kata yang terkeluar dari masyarakat Cina dan India ketika kami berborak mengenai politik.

Tidakkah PAS sedar yang mereka akan diperkudakan UMNO sekiranya ini menjadi kenyataan? Amat menghairankan bila Khairy Jamaluddin bersungguh2 mahu kerajaan perpaduan ini diteruskan. Ada udang sebalik batu rasanya bila kenyataan dari pemimpin UMNO ini yang dulu mengutuk tapi sekarang memuji pemimpin Pas bila kerajaan perpaduan ini di utarakan.

Ends.....

2 comments:

Anonymous said...

wahai bangsaku pas dan umno harus berpadu untuk menyelesaikan masalah agama dan bangsa bukan politik. siapa lagi harus memikirkan masalah bangsa dan agama kalau bukan kedua-dua parti melayu ini.mana ada parti bukan melayu nak fikir masalah melayu, ak hancurkan melayu adalah. fikirkanlah bangsaku , hidup dalam alam realiti.

Anonymous said...

pas diambang kekuatan sekarang akibat kelemahan pimpinan pak lah selama 7 tahun. parti kita harus menggunakan kelebihan ketika ini untuk bersama dengn umno bagi memerintah negara.pas yakin dapat membimbing umno. pas tidak mungkin dapat membimbing dap atau pkr sebagaimana sekarang(asik jadi orang tengah-menjernihkan keadaan) tiada parti lain untuk orang melayu dan islam kecuali pas dan umno. berpadulah untuk kesejateraan ummah. -orang pas hakiki

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive