Showing posts with label sultan of perak. Show all posts
Showing posts with label sultan of perak. Show all posts

07 May 2009

7 Mei - PESTA IPOH - Kenapa Sultan Berdiam Diri?

Kenapakah Sultan Perak masih berdiam diri dengan situasi yang melanda DUN Perak sekarang?
Apakah Sultan ingin terus berdiam diri dan melihat gelagat juak-juak UMNO BN terus menerus dengan tindakan-tindakan yang membelakangi undang-undang?
Lakukan lah sesuatu sebelum keadaan menjadi lebih buruk wahai Tuanku !!!

7 Mei - PESTA IPOH - Sultan, Bubarkan lah DUN Perak

Sampai bilakah suasana sebegini akan berterusan???

Apakah Sultan Perak ingin melihat keadaan kucar kacir sebegini berterusan? Sehingga bila?

Dengan polis terus mengganas, menahan sesiapa saja dari pihak Pakatan tanpa alasan yang kukuh. Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub, Tian Chua, Pn Zuraidah kini berada dalam tahanan polis.
Mungkin Najib sedang tersenyum riang melihat apa yang berlaku di IPoh ini? Gara-gara gagasan baru nya "1 Malaysia, Rakyat didahulukan".
Kepada Sultan Perak, lakukan lah sesuatu yang terbaik untuk rakyat Perak dan rakyat Malaysia am nya. Bubarkan lah DUN Perak.
Apakah Tuanku mahu melihat keadaan ini berterusan?

Baca Ini ;-
Perak terus mencatat sejarah dalam arena politik negara apabila persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu pagi ini kecoh ekoran pertembungan dua pihak - BN dan Pakatan Rakyat - pagi ini.Persidangan ini menyaksikan kehadiran dua menteri besar - Datuk Seri Zambry Abd kadir dari BN dan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin dari Pakatan - dan dua set exco - juga dari BN dan Pakatan.Kekecohan pagi ini menyebabkan istiadat perasmian oleh Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah tidak dapat dimulakan, dengan baginda menunggu di Kamar Diraja
Mohd Nizar serta bekas exco Pakatan duduk di kerusi menteri besar dan exco manakala Zambry serta exco barunya berada di sebelah tempat pembangkang.Speaker V Sivakumar mengarahkan Zambry dan enam exco serta tiga ADUN bebas keluar dari dewan. Jika tidak, beliau enggan memulakan sidang DUN.
Speaker mengarahkan pengawal keselamatan dewan menghalau keluar tujuh wakil rakyat BN, termasuk Zambry, dan tiga bebas. Pengawal bagaimanapun enggan berbuat demikian.Pada jam 10.35 pagi, ADUN kedua belah pihak terus bertegang leher. Zambry cuba membawa usul menggantikan Speaker tetapi ditolak.Pada kira-kira jam 11.01 pagi, ADUN BN berdiri mengelilingi timbalan Speaker, Hee Yit Fong dan menteri besar mereka Zambry
Mikrofon Speaker dimatikan tetapi mikrofon depan Hee dan Zambry masih berfungsi.Hee kemudiannya mengumumkan beliau kini sebagai pemangku Speaker dan mengarahkan pengawal keselamatan dewan menghalau Sivakumar daripada kerusi Speaker.Mereka bagaimanapun tidak bertindak mematuhi arah tersebut.Kemudian Zambry mengusulkan Sivakumar digugurkan sebagai Speaker dengan sokongan tangan semua ADUN BN. Zambry kemudian membawa usul melatikan R Ganesan sebagai Speaker baru.

Dengan cepat Ganesan datang dan menerima pakaian rasmi Speaker, memakainya, mengangkat sumpah dan menandatangani beberapa dokumen berkaitan di tempat ADUN BN.Sivakumar masih duduk bertahan di kerusinya, sambil menjerit "Speaker (Ganesan) ini haram", "selagi Speaker ada di sini, Speaker ini (Ganesan) adalah haram" dan "Perak ada Speaker haram."Ganesan kini cuba mengambil alih perjalanan dewan dan wakil-wakil BN membawa beberapa usul lagi.Sivakumar kemudian bangun semula dan mengumumkan - tanpa mikrofon - semua usul yang dibawa sebentar tadi ditolak oleh beliau sebagai Speaker.Pada kira-kira jam 11.13 pagi, Zambry membawa usul agar persidangan dewan ditangguhkan dan ia diluluskan. Persidangan dewan ditangguhkan, kata Ganesan. Sidang ditangguhkan selama sejam.

Pada kira-kira jam 11.22 pagi, Sivakumar, speaker Pakatan, memulakan semula persidangan DUN walaupun Ganesan, speaker BN, menangguhkannya sebentar tadi.Walaupun tanpa mikrofon, Sivakumar tetap meneruskan arahannya yang awal agar tujuh ADUN BN termasuk menteri besar mereka Zambry dan tiga wakil bebas meninggalkan dewan.Jika mereka enggan berbuat demikian, beliau enggan memulakan persidangan tersebut.

Kedua-dua pihak bertikam lidah sekali lagi dari tempat duduk masing-masing, tidak seperti tadi.Wakil-wakil rakyat Pakatan berkumpul di sekeliling menteri besar mereka Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan berbincang dengan mereka tindakan selanjutnya.Kedua-dua pihak masih bertegang leher tetapi tidak tidak sehangat tadi.

05 November 2008

SULTAN AZLAN: STOP EXCESSIVE POLITICKING - malaysiakini

KUALA KANGSAR, Nov 5 – The Sultan of Perak, Sultan Azlan Shah, has called on the people to stop excessive politicking over the status and eminence of the Malay Rulers, Islam, the Malay language, the special position of the Malays and legitimate interests of other communities as enshrined in the Federal Constitution.
He said the interest of the people who elected the government should be given priority, and the country’s peace and harmony should not be sacrificed in the name of power struggle among certain leaders and groups.
“If there are mistakes and derailment in the implementation of certain policies, what needs rectification is the implementation mechanism. The core policies, which form the foundation of this independent country, should not be touched, tested or challenged at all.
“It is feared that such actions, if not stopped, will hurt the feelings and emotions of the Malays,” he said at the handing over of a memorandum by Gabungan Melayu Perak (GMP) at the Istana Iskandariah here today.
Also present were the Raja Muda of Perak, Raja Dr Nazrin Shah, and Raja Di Hilir Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa.
Sultan Azlan said any amendment to the constitution pertaining to the Malay Rulers and their jurisdictions over Islam, the national language, the position of the Malays and bumiputeras in Sabah and Sarawak should first have the consent of the Rulers.
He said that the Malay Rulers understood that the Federal Constitution also recognised and safeguarded the interests of the various races, religions, languages and cultures.
“The understanding and agreement which are enshrined in the social contract have enabled the country to achieve success, progress, harmony and stability,” he said.
About 2,000 representatives of Malay non-governmental organisations, silat and arts associations throughout the state, headed by GMP chairman Datuk Seri Mohd Hilmi Ismail, participated in a peaceful march from the Ubudiah Mosque to the palace to hand over the memorandum.
Mohd Hilmi said the memorandum, among other things, expressed gratitude for the special statement issued by the Malay Rulers last month which touched on issues related to the Malay Rulers, Islam, Malay language, the special privileges of the Malays and the interests of other communities. – Bernama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive