Oleh W. Fauzdin NS
Setelah sebilangan besar ahli UMNO sendiri menolak kepimpinan Pak Lah akibat memalukan UMNO/BN di dalam Pilihanraya Umum Ke 12 baru-baru ini, maka Presiden UMNO itu tiada pilihan lain melainkan menyediakan `batu nisan' dan `kubur'nya sendiri selewat-lewatnya pada Jun 2010. Meski pun terdapat suara-suara yang mahukan Pak Lah lebih awal meninggalkan kerusi Presiden UMNO, tetapi beliau lebih berminat untuk menyiapkan `persiapan' sebelum pergi.
Baru-baru ini menantu beliau, Khairy Jamaludin (KJ) `menyalak' di Permatang Pauh untuk `menguburkan' DS Anwar di Permatang Pauh di dalam Pilihanraya Kecil pada 26 Ogos ini nanti. Setelah beliau sedar, Pak Mertuanya akan pergi meninggalkan kerusi Presiden UMNO malahan juga sebagai PM pada pertengahan 2010, maka tentunya terasa sakit hati seandainya DS Anwar pula yang mengambil alih bukan sebagai Presiden UMNO tetapi sebagai PM.
Oleh yang demikian, tidak hairanlah beliau bersungguh-sungguh untuk menghalang DS Anwar dari menjadi PM. Beliau sudah tidak mampu untuk mempertahankan Pak Mertuanya bahkan untuk mempertahankan diri beliau sendiri di Rembau pun belum tentu.
Kali ini, berbagai dakyah beliau taburkan untuk memburukkan DS Anwar dengan dibantu oleh Raja Sesumpah Mamat Ezam. Apakah rakyat Permatang Pauh boleh percaya pada Khairy yang dia sendiri tidak boleh yakinkan ahli UMNO untuk menyokong kepimpinan Pak Mertuanya?
Kekalahan UMNO yang teruk di Kelantan baru-baru ini juga adalah kerana keceluparan mulut Khairy.
Beliau memang suka bercakap tanpa berfikir jauh sekali tanpa fakta. Sebab itulah beliau tidak pernah berani berdebat secara terbuka apabila dicabar. Sehingga kini cabaran Cikgu Bard untuk berdebat dengan beliau tidak disahut. Beliau hanya berani bercakap kepada media kerana tiada siapa boleh mempersoalkannya. Malang sekali Pak Lah kerana mendapat menantu yang begitu kecil hati dan jiwanya. Saya percaya sekiranya InsyAllah, DS Anwar menang di Permatang Pauh, maka UMNO Permatang Pauh pasti akan menyalahkan Khairy. Inilah yang berlaku di Kelantan.
Sebenarnya ramai yang kecewa apabila Dato' Ariff dipilih sebagai calon UMNO untuk menentang DS Anwar. Ramai yang ingin melihat Mamat Ezam berpencak silat dengan DS Anwar di Permatang Pauh. Mereka rindukan `Sumpah Keramat' Mamat Ezam dan ingin menjengok apakah yang ada di dalam 6 kotak yang selama ini disimpan bertahun-tahun oleh mamat ini.
Tapi, malang bertimpa-timpa menimpa Raja Sesumpah ini. Beliau tidak dibenarkan bertanding dalam pemilihan UMNO, beliau cuba menonjolkan diri untuk menjadi calon menentang DS Anwar juga gagal. Ini menunjukkan mamat Ezam ini pun tidak diyakini dan dipercayai oleh kepimpinan UMNO sendiri.
Adakah rakyat Permatang Pauh pula mahu percaya pada mamat yang malang ini? Kalau sudah Khairy tidak dipercayai, Raja Sesumpah pun tidak dipercayai, jauh lagi lah pula dengan Dato' Nalla yang ahli partinya sendiri pun dah ramai lari. Kepada semua pengundi di Permatang Pauh diseru agar lebih cerdik dan bijak mengenal siapakah yang berjuang untuk kita. Inilah masanya untuk kita menghukum UMNO/BN agar mereka faham mereka tidak boleh melakukan apa sahaja untuk memperbodohkan rakyat.
Lupakan dahulu samada kerajaan baru dapat dibentuk atau tidak pada 16 Sep nanti, tetapi utamakan langkah pertama untuk menempatkan wira kita DS Anwar di Parlimen pada 27 Ogos nanti. Selamat Berjuang.
WFAUZDIN NS
http://www.tranungkite.net
No comments:
Post a Comment