Selepas mendapat email dari Pak Awang Kepala Batas semalam yang berceloteh pasal ahli-ahli UMNO yang datang bermesyuarat di KL ni, sebenarnya bukan nak bermesyuarat sangat, tapi datang shopping, saya begegas ke PWTC, tempat berlangsungnya Mesyuarat Agung UMNO ni.
Memang ada kebetulan dakwaaan Pak Awang tu, pemimpin berucap, ahli-ahli di luar ber shopping ... lihat gambar-gambar di bawah ni yang sempat saya rakamkan petang semalam sekitar jam 3.30 hingga 5 petang.
Zahid Hamidi sedang berucap, di pancarkan melalui skrin besar untuk tontonan bagi yang berada di luar dewan
Asyik mendengar ucapan Zahid
Antara peniaga
Berpusu-pusu membeli belah
Ha, tengok ni kakak-kakak dan -makcik ni dan lepak kat luar, dah nak balik ke atau tunggu geng nak ke "The Mall" dihadapan untuk bershopping
Puteri UMNO lagi ke ni ... ? Pun dah cabut nak ke Chow Kit
Zahid sedang berucap, diaorang lepak-lepak, sembang-sembang di luar
Kemana tu bang sorang-sorang, nak cabut dah ker ...?NOTA: Untuk orang-orang KL yang teringin nak bershopping, sila lah ke PWTC hari ni (Sabtu). Mengikut kata peniaga, walaupun perhimpunan telah tamat semalam, tapi gerai-gerai jualan akan terus dibuka hingga malam nanti.
No comments:
Post a Comment