03 August 2010

KJ kata Ronnie Liu "Giant Napoleon" ... hahaha

KUALA LUMPUR: Pemuda Barisan Nasional (BN) melabel Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu sebagai ‘Giant Napoleon’ DAP kerana lebih berkuasa daripada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung parti itu.

Pengerusinya, Khairy Jamaluddin, berkata Liu mempunyai lebih kuasa berbanding kedua-dua pemimpin berkenaan berdasarkan surat sokongannya yang mampu menarik kontrak bernilai tinggi. “Beliau bukan lagi Little Napoleon, sebaliknya Giant Napoleon hinggakan Guan Eng pun takut dengan beliau,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Pemuda BN di Ibu Pejabat Umno, di sini, semalam.
Beliau mengulas kemelut politik di Selangor apabila Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK), Tee Boon Hock dipecat sebagai ahli DAP selepas didapati menyalahgunakan kepala surat milik pejabat Liu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan Selangor bagi mendapatkan kontrak bernilai RM1 juta untuk kroni dan seorang ahli keluarganya.

Malah Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Teng Chang Kim juga diheret ke Jawatankuasa Disiplin DAP ekoran tindakannya menghantar komen ringkas melalui twitter mengenai pemecatan Tee yang mempersoalkan kenapa pesalah sebenar dalam kes itu terlepas.

Khairy turut mempersoalkan tindakan diambil kepemimpinan DAP yang seolah-olah cuba menyelamatkan pemimpin tertentu parti itu dengan mengenakan tindakan terhadap Tee dan mengheret Teng ke Jawatankuasa Disiplin

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive