11 May 2011

Pandikutti’ rujuk kepada politik jijik BN

May 11, 2011

Naib Presiden PKR N Surendran menafikan Anwar melontar perkataan itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di satu majlis di Klang pada 7 Mei lalu.

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan perkataan “pandikutty” bagi merujuk kepada politik kotor dan jijik yang di amalkan oleh Barisan Nasional (BN).

Naib Presiden PKR N Surendran menafikan Anwar melontar perkataan itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di satu majlis di Klang pada 7 Mei lalu sepertimana yang dilaporkan Bernama dan akhbar Utusan Malaysia.

Beliau berkata, saya berada dalam majlis tersebut dan Anwar tidak melontar perkataan itu kepada Najib tetapi sebaliknya merujuk kepada politik kotor dan jijik yang menjadi amalan BN.

“Sekali lagi, suatu tuduhan yang palsu sama sekali telah dibawa terhadap Ketua Pembangkang oleh parti BN dan media massanya,” jelas beliau melalui satu kenyataan media semalam.

Menurut beliau, Perdana Menteri sendiri telah mengulangi tuduhan palsu ini dalam komennya semalam dan menyerang Anwar atas isu ini.

Ujar beliau, “adalah juga ironik untuk mendengar rungutan remeh seperti ini daripada parti BN yang telah melemparkan berbagai-bagai fitnah melampau dan jahat ke atas Ketua Pembangkang sejak tahun 1998.

“BN juga tidak pernah teragak-agak untuk memperalatkan badan kehakiman dan polis untuk membawa tuduhan jenayah palsu terhadap Anwar dan pemimpin pembangkang lain.”

Surendran berkata, adalah jelas bahawa BN menganjurkan kontroversi palsu dan kosong seperti ini untuk cuba mengalih perhatian rakyat daripada kelemahan pemerintahan BN dan kenaikan harga petrol dan barangan yang tidak wajar.

Semalam Najib menempelak Anwar dengan menuduh kononnya Anwar bmenggunakan perkataan “pandikutty” untuk menyerangnya secara peribadi. FMT

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive