10 May 2011

UMNO sesak nafas - Mahfuz

Dato' Mahfuz Omar menyifatkan Umno kini 'sesak nafas' bagi meraih sokongan rakyat kerana tidak henti-henti memainkan isu perkauman.

KUALA LUMPUR: Umno kini ‘sesak nafas’ lalu gemar membangkitkan sentimen perkauman dan keagamaan melalui lidah rasmi mereka -Utusan Malaysia – secara tidak langsung bantu memperkukuh politik parti DAP dan melemah kuasa MCA.

Naib Presiden PAS Dato’ Mahfuz Omar menyifatkan Umno kini ‘sesak nafas’ bagi meraih sokongan rakyat kerana tidak henti-henti memainkan isu perkauman dan menimbulkan sentimen kebencian terhadap DAP yang digambarkan sebagai parti ‘rasis’.

Sebaliknya menurut beliau, tindakan ini membantu DAP dalam meraih sokongan masyarakat Cina kepada parti itu sekaligus mengurangkan kuasa MCA.

Beliau berkata, “saya ucap terima kasih dan tahniah kepada Umno kerana tolong bekerja untuk DAP dengan mengurangkan kuasa MCA.

Utusan Malaysia pula bantu memperkukuh politik DAP dan memperkecil MCA.

Umno cuba memainkan sentimen perkauman agar rakyat membenci DAP.

Tetapi mereka tidak sedar tindakan itu membuatkan orang Cina lebih sayangkan DAP.

“Inilah yang saya katakan, Umno buli MCA dan mereka buli orang Cina dalam Barisan Nasional (BN),” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di sini hari ini.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata tidak wajar bagi Umno-BN menggunakan sentimen perkauman terhadap DAP kerana melihat politik Melayu-Islam tergugat apabila parti itu menang di Sarawak.

Ujar beliau, Umno-BN sepatutnya tidak menagih simpati pengundi kerana ia boleh merosakkan struktur negara yang dibina.

“Sepatutnya Umno-BN menghormati keputusan rakyat bukan dengan timbulkan isu perkuman. Bila DAP menang tidak patut jadikan DAP ‘punching bag’. Perbuatan itu hanya merosakkan sistem yang kita amalkan iaitu demokrasi berparlimen,” katanya - FMT

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive