23 July 2012

Menjelang PRU 13, UMNO jadi sewel

23 JULAI — Dunia, dunia. Menjelang PRU13, Umno jadi sewel. Biarlah orang Umno jadi sewel. Kita jangan jadi macam mereka.
Kita dapat lihat kesewelan Umno sejak akhir-akhir ini. Ketawa orang melihat kebodohan dan kesesakan Umno. Memang Umno sedang tersangat cemas. Tiba-tiba seorang pegawai tinggi PDRM mengeluarkan kenyataan bahawa parti-parti Pakatan diseludupi oleh Jemaah Islamiah dan Komunis. Ini membikin rakyat yang berfikir menggaru kepala heran lagi ajaib. 
Rakyat bertanya, jika JI dan Komunis nak ambil alih kuasa, mengapa tidak menyelinap masuk parti-parti komponen BN? Umno, MCA dan MIC. Bukankah dengan demikian, lebih pantas dan apdal mendapatkan kuasa pemerintahan? Umpan sahaja pimpinan Umno dengan wanita jelita termasuk jelitawan Mongolia dan berikan mereka wang seperti yang di berikan kepada Perimekar, sudah tentu JI dan Komunis dapat menawan kerajaan. Dan jika ancaman JI dan Komunis amat serious, apa pasal PDRM sibuk mengeluarkan kenyataan politik dan membuang masa nyanyi dan main musik di mall-mall beli belah? Baik tangkap anasir-anasir Komunis dan JI.
Tapi, benda-benda sewel yang menakjubkan seperti inilah yang kita sudah dapat jangka akan datang dari pemimpin-pemimpin kerajaan Umno. Mereka tidak pun pasti mengenai perangkaan jenayah yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Akiviti kepolisian lebih di halakan kepada mengintip rakyat sendiri daripada melakukan kerja mengawal dan membenteras jenayah.
Jadi apa pasal kita rakyat hendak pandang serius mengenai apa yang di lakukan oleh orang gila dan sewel? Kerajaan Umno sudah pun menunjukkan mereka tidak lagi boleh di percayai.
PM Najib jangan hendak main-main teka teki lah dengan rakyat. Jangan hendak main tarik dan tolak dengan penjawat awam. Orang kampung sudah tahu SOP PM kita. Dia pasti akan beri dan hulurnya duit. Jangan risau fulus akan datang. Biar bengkrap negara, asal dapat beli sokongan rakyat.
Penjawat awam tidak perlu risau, sebab bonus Raya mesti ada. Saya sudah katakan berulang kali — kaedah Najib menyelesaikan isiu masyarakat ialah dengan membayar dan menyogok rakyat. Beli Rakyat 1 Malaysia, Kedai Mydin 1 Malaysia, tayar 1 Malaysia, Kinik 1 Malaysia. Standard operating procedure.
Bukankah ini kerajaan wasathiyyah? Yang jadi role model sebab mereka parti sederhana dan pertengahan? Duit mengongkosi ini datang dari mana? Ianya datang dari peruntukan bajet. Bajet itu mana? Jangan main senyap-senyap sebab hutang kerajaan sudah hampir 55 peratus dari Pendapatan Negara. Kerajaan yang belanja rakus mahu berkhutbah kepada rakyat mengenai prinsip belanja berhemah. Jadi jangan berbicara mengenai wasathiyyah kerana kerakusan berbelanja tidak melayakkan kerajaan bercakap mengenai contoh kesederhanaan.
Kemudian kita tengok TPM al malikul sembab Muhyiddin aka raja lelong Malaysia yang menakutkan rakyat mengenai peristiwa May 13. Jangan menakutkan rakyat kerana yang menanam bibit syak wasangka dan curiga antara kaum ialah Umno. Umno menang kalau orang Melayu daif dan jahil. Sebab itu kepentingan Umno yang tertinggi ialah mengekalkan orang Melayu dalam kejahilan dan kebodohan.
Jika Umno tidak melakukannya, maka ia akan memerintah anak-anak syarikat Umno seperti Perkasa dan NGO-NGO lain mengeluarkan kenyataan yang menghasut. Mengapa pihak PDRM tidak tangkap orang-orang seperti ini?
PM dan TPM dua badut politik janganlah hendak membodohkan rakyat terutama orang Melayu. Mana masuk akal Melayu akan musnah jika menolak Umno jika yang menolak Umno itu ialah orang Melayu sendiri? Orang Melayu bukanlah bodoh sangat mahu menyimpan sesuatu yang menyusahkan dan memudaratkan mereka seperti Umno. Tidak PM dan TPM: yang menolak Umno ialah orang Melayu. 3.7 juta dari 5.7 juta dalam tahun 2008 menolak Umno.
Kita mahu nasihat TPM: daripada bercakap kalut dan membazirkan tumpuan rakyat, sepatutnya Tan Sri mengurung diri nya dalam Kementerian Pelajaran dan kasi terang kepada rakyat, setelah berbelanja RM5 billion untuk PPSMI, dia buat U-turn membatalkan inisiatif tersebut. 
Dan kualiti pemimpin macam ini yang hendak dipercayai oleh orang Melayu? Yang bertanggung jawab menggantikan PMR dengan perperiksaan apa entah yang tidak berguna sebagai persediaan pelajar berdepan dengan SPM. Hancur lagilah budak-budak Melayu dengan kualiti pimpinan Umno seperti ini.
Dalam tangan Umno, rakyat dan orang Melayu berada dalam keadaan lebih bahaya. Masa depan anak-anak kita termasuk majoritynya anak-anak Melayu terancam dengan system pendidikan stail Umno. Apa yang kita boleh harap datang dari half-past-six leaders? Bolehkah kerajaan mentransformasi negara ini diatas tenaga kerja yang mempunyai tahap pembelajaran yang se-standard Umno? Mampuih kito jang dan daro!.
Dasar pelajaran Umno lebih bahaya daripada jembalang 13 May yang digemburkan oleh TPM; kecuali lah jika Umno telah hantar gangsters dan kaki pukulnya kesekolah-sekolah untuk menerajang dan menumbuk pelajar-pelajar sekolah. Kalaulah Umno sudah pun lakukan seperti ini, masa depan rakyat kita tidak cukup bahaya lagi di bandingkan dengan memperjudikan nyawa rakyat Malaysia yang menggunakan kapal terbang yang mendarat bergantung kepada system pendaratan kapal terbang yang tidak selamat. Budak 27 tahun jadi jutawan kerana diberi konsesi bekalan system sub-standard melalui system tender tertutup. Ini tender yang tertutup daripada syarikat-syarikat yang bukan kroni.
Nasihat kita kepada menteri-menteri: janganlah mengeluarkan apa yang patut keluar dari lubang bawah melalui mulut.Busuknya sampai keseluruh penjuru Malaysia.
Nasihat kita kepada pemimpin-pemimpin Umno yang degil seperti kerbau: mungkin lebih baik mereka beli tiket kapal terbang dan jika mereka terselamat daripada kerosakan system pendaratan kapal terbang, eloklah mereka pergi ke Madrid, Spanyol dimana kita dengar, jumlah kerbau-kerbau untuk berlawan dengan matador berkurangan. Hendak jadi kerbau, jadilah kerbau yang bertarung dengan matador Spanyol.
Oh ya, jika pergi ke Spanyol, jangan lupa bawa menteri yang sudah naik jobo, yang menggunakan slogan Umno sebagai slogan Hari Merdeka. Binawe punya menteri. Hari Merdeka di sambut oleh semua rakyat, bukan oleh ahli Umno sahaja tau. — sakmongkol.blogspot.com
* Sakmongkol AK47 is the nom de plume of Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz. He was Pulau Manis assemblyman (2004-2008).

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive