23 July 2012

Lajim Ukim dapat restu TGNA sertai PKR

Kota Bharu - Ahli Parlimen Beufort Dato Lajim Ukim hari ini telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat di sini.

Dalam pertemuan mesra ini Dato Lajim Ukim telah melahirkan hasratnya kepada Menteri Besar Nik Aziz untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat dan memohon restu daripada Mursidul Am PAS agar penyertaan beliau selepas ini dapat membantu pakatan semasa kempen PRU13 nanti.

Datuk Nik Aziz Nik Mat melahirkan rasa berbesar hati dan bersyukur apabila seorang lagi pemimpin Umno sedar akan perjuangan pakatan adalah untuk rakyat dan demi Islam secara keseluruhannya. Katanya lagi penyertaan Datuk Lajim adalah sebahagian daripada hidayah Allah dalam memberi jalan kemenangan kepada pakatan pada PRU13 nanti.

Pertemuan ini adalah rentetan daripada perancangan Dato Lajim Ukim untuk mengerahkan lebih 10 ribu orang penyokongnya di Parlimen Beufort agar bersama sama beliau menyertai PKR tidak lama lagi.

Kehadiran beliau diiringi oleh 20 orang pemimpin dan ahli PKR Kelantan,menurut jurucakap rombongan Dato Lajim kepada Utaranews ,rombongan bertolak ke Kuala Lumpur petang ini satu lagi pertemuan diantara Dato Lajim Ukim bersama barisan pimpinan pakatan diadakan selepas majlis berbuka puasa di Kuala Lumpur hari ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive