Bagaimanapun urusan jual beli itu bukannya seperti perdagangan hamba sebaliknya bagi tujuan amal.
Heng antara lima personaliti tempatan yang 'dijual' dan 'dilelong' bagi tujuan baik kepada pembida tertinggi bagi mengumpul dana untuk menaik taraf Pusat Sumber UndiMsia!
Sebagai habuan, 'pembeli' akan mendapat peluang keluar bersama-sama personaliti berkenaan.
Heng berkata beliau tidak kisah sama ada akan dibawa untuk makan malam istimewa ataupun sekadar makan di kedai mamak.
"Saya tidak keberatan 'dijual' seperti itu kerana ia adalah untuk tujuan yang baik," katanya ketika ditemui di majlis lelongan bersempena sambutan ulang tahun pertama UndiMsia! di Bangsar di sini pada Sabtu.
Menurusi bidaan untuk Heng, seorang peguam, Dipendra Rai, 37, berjaya 'membeli' dengan harga RM600.
Ditanya ke mana beliau merancang untuk membawa Heng, Rai berkata dia mahu memberi kejutan kepada bekas ratu cantik itu. - mStar
No comments:
Post a Comment