16 September 2012

Individu pijak gambar Guan Eng, kencing gambar TGNA telah ditahan - Hishamuddin

KUALA LIPIS: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan penahanan beberapa individu yang didakwa memijak dan membuang air kecil ke atas gambar Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Katanya, penahanan itu dilakukan mengikut bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan bagi melengkapkan siasatan berhubung laporan polis yang diterima terhadap tindakan melampau sekumpulan pemuda itu.
"Tangkapan ke atas mereka terlibat sudah dibuat, siasatan dan kertas siasatan pula dalam bidang kuasa PDRM.
"Jadi, biar mereka siasat perkara itu dan tidak ada sesiapa akan terlepas dari tindakan undang-undang, tidak kiralah siapa mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Lipis di sini, Sabtu.
Beliau berkata, apabila siasatan kes itu selesai nanti, terpulang kepada pejabat Peguam Negara untuk mendakwa atau tidak mereka yang terlibat.
Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang masih ditahan, Hishammuddin berkata, sebahagian sudahdibebaskan sebelum Aidilfitri lalu.
"Baki tahanan itu masih dalam pertimbangan (untuk dibebaskan) di mana mereka ini kita kena pastikan dulu benar-benar tidak lagi mengancam keselamatan negara.
"Kita sudah perkenalkan akta baru bagi menggantikan ISA jadi kita kena ambil kira semua benda," katanya. - BERNAMA

1 comment:

Anonymous said...

tub2 haba da tangkap betui ke...mana bukti gmbaq ke apa ke kalu takat cakap dgn press da tangkap rakyat na tengok bukti jgn jadi kes altantut ya sudah laa bunuh tanpa motif kes ni pulak tangkap tanpa spa yg kene tangkap????????????pooorah la cucudatu on/off

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive