15 May 2014

Dyana Sofya tak gelabah isu 'gambar berbikini'

Walaupun baru saja diura-urakan sebagai calon untuk pilihan raya kecil parlimen Teluk Intan, pemimpin muda Dyana Sofya Mohd Daud terus menjadi sasaran serangan kempen untuk memburuk-burukkannya.

Setiausaha politik pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang itu dikesan menjadi sasaran penulis blog pro-Umno yang menyebarkan gambar seorang wanita berpakaian bikini yang seiras wajahnya.

Dyana, 27, yang baru menyertai DAP dua tahun lalu, bagaimanapun nampaknya tidak tertekan dan tidak memandang serius serangan peribadi seperti itu.

Beliau juga mampu berseloroh apabila para peminatnya mengajukan soalan tersebut di laman sosial.

"Saya sudah (baca). Sebab itu saya kata saya harap ada badan sebegitu. Perlu lebih kerap ke gimnasium," tulis beliau di Twitter.



Menurutnya lagi, beliau turut menerima panggilan dan pesanan yang bersifat kasar, namun tidak gelabah dengan tekanan seperti itu.

"Beratus panggilan dan mesej kasar yang diterima sejak semalam. Jimatkan kredit anda. Saya tak berganjak. Ini Dyana lah," tulis beliau.

Gambar berkenaan dikesan dimuatkan di blog jomgelakfm.my dan theflyingkick.blogspot.com sejak semalam. Semakan Malaysiakini mendapati gambar berkenaan masih kekal disiarkan di blog berkenaan hari ini.

Gambar itu juga didapati dimuatkan di blog khairulryezal.blogspot.com dan bukti penyiaran gambar tersebut berjaya dirakam oleh pengguna laman sosial semalam.

Gambar wanita seiras wajah Dyana yang berpakaian bikini itu didapati telah dipadamkan hari ini dari blog berkenaan, namun bukti penyiarannya berjaya dirakam pengguna Internet.

Kalangan penulis blog Pakatan Rakyat pula, termasuk darisungaiderhaka.blogspot.com pula menyiarkan beberapa gambar yang menunjukkan bahawa individu dalam gambar tersebut adalah seorang pelakon Filipina, Pauleen Luna dan bukannya Dyana.

Sementara itu, tulisan di blog pro-Umno khairulryezal.blogspot.com turut mempersoalkan pendirian Dyana dan prinsip parti DAP yang didukung peguam muda tersebut dengan mengaitkan kelulusan Dyana dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Penulis blog tersebut mengaitkan UiTM sebagai institusi Bumiputera yang diperjuangkan Umno dan kontras dengan DAP.

Blog tersebut juga mendakwa ibu Dyana adalah orang kuat Wanita Umno di Ipoh Barat.

"Tidak tahu di mana silapnya, Diyana Sofea (Dyana Sofya) sekarang merupakan pejuang cauvinis DAP," blog khairulryezal.blogspot.com dipetik.

Blog berkenaan juga memuatkan satu gambar Dyana berpakaian jubah peguam, gambarnya ketika sedang berkempen untuk DAP dan juga gambar merakamkan beliau menerima satu anugerah dari bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah. - Malaysiakini



PRK Teluk Intan: Dyana Sofia tidak gentar, “Ini Dyana lah…”

Oleh: Mohd Ezli Mashut
SHAH ALAM 15 MEI: “Ini Dyana lah,” tulis Dyana Sofia Mohd Mohd Daud, Setiausaha Politik kepada Penasihat DAP Lim Kit Siang ketika memberikan reaksi serangan blogger Umno dengan penyebaran gambar untuk memburukkan reputasinya.
“Beratus panggilan dan mesej kasar yang diterima sejak semalam. Jimatkan kredit anda. Saya tak berganjak. Ini Dyana lah.
Dyana Sofya“Saya sudah (baca). Sebab itu saya kata saya harap ada badan sebegitu. Perlu lebih kerap ke gimnasium,” tulis beliau diTwitter.
Dyana merupakan antara nama yang disenarai pendek oleh DAP untuk mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil Teluk Intan yang akan berlangsung pada 31 Mei.
Walaupun hanya baru cadangan, namun Diana yang berumur 27 tahun dilihat mewakili golongan anak muda yang mampu memberikan ancaman politik kepada calon Barisan Nasional.
Dyana twitMenurutnya lagi, beliau turut menerima panggilan dan pesanan yang bersifat kasar, namun tidak gusar dengan sebarang tekanan.
Dyana dalam tulisannya ‘Satu Jam bersama Obama’ berkata, anak muda harus mencari platform dan mengatur strategi dengan baik dengan melibatkan diri dengan organisasi atau kumpulan yang menghargai bakat dan usaha.
“Anak muda mempunyai kuasa untuk menegakkan demokrasi. Kita perlu sedar keupayaan kita dan impak yang kita boleh mempunyai di dunia.
“Bersama-sama, kita boleh menjadi satu kuasa yang disegani,” tulisnya.
Sementara itu, Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata DAP akan mengumumkan calonnya bagi pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan pada Sabtu ini.
Pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan diadakan berikutan kematian penyandangnya Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 19 Mei sebagai hari penamaan calon manakala pengundian awal 27 Mei dan hari pengundian pada 31 Mei.
Pada pilihan raya umum ke-13, Seah, 48, menewaskan calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas Moralingam Kannan dengan majoriti 7,313 undi.
EZY

7 comments:

Anonymous said...

comei lah pulak!

bnbiul said...

Kalau aku masih bujang aku sunting sigadis jelita ini wow mengancam. Ini semua kerja blue wave army umno bn taik cirik tak habis habis buat fitnah macam tak ada krrja lain yg berfaedah.

Anonymous said...

Semua jd bodoh sbb dia cantik . Enth pape semua ni semua gila kuasa -_-

Anonymous said...

Kalau tak buat fitnah bukan umno namanya.

Anonymous said...

Dyana, babi dan DAPpigs....berpisah tiada.....

Anonymous said...

yg pasti gambar tu bukan dyana :)
kalau gambar tu dyana wow! I pasti undi dia.. udah2 dommno asyik cari teknik in je... mcam ni domnoo boleh meneng kalau terus dgn teknic keji ni?

Anonymous said...

Ini Dyanalah..Takbur akhirnya masuk kubur..kah3 :p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive