28 August 2014

Datuk Ramli MS - Alyah dah kahwin setahun lalu

Situasi suspen kunjungan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di rumah komposer terkenal Datuk Ramli MS bertukar jadi gelak ketawa kerana 'kantoi' sudah berkahwin sejak setahun lalu.
Ramli MS sebelum ini digosipkan dengan penyanyi Alyah tapi tidak pernah memberitahu kepada umum mengenai status mereka.
BH melaporkan awal pagi Rabu, berdasarkan maklumat awam, pegawai JAIS mengunjungi kediaman Ramli MS di Bandar Kinrara, dipercayai bagi menyiasat status hubungan beliau dengan Alyah.
Dalam tinjauan pada jam 7.30 pagi oleh sembilan pegawai JAIS yang lengkap beruniform itu dikatakan mendapati mereka sudah berkahwin.
Alyah dikatakan berada di banglo berkenaan ketika pegawai JAIS datang menyiasat.
Wartawan BH yang berada di tempat kejadian mendapati kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi milik Alyah berada di kediaman itu.
Pekerja kontraktor yang mengubahsuai banglo juga memaklumkan pasangan itu kerap dilihat bersama.
Menurut sumber JAIS, pasangan itu sudah berkahwin sejak setahun lebih lalu.
Katanya, Ramli dan Alyah akan ke JAIS dalam masa terdekat untuk memberikan kenyataan serta bukti perkahwinan bagi tujuan pendaftaran.
Difahamkan pasangan itu bernikah di Batam, Indonesia tetapi belum mendaftar perkahwinan mereka di negara ini.
Ramli yang berpakaian kemeja T berwarna ungu dan seluar melepasi paras lutut kelihatan tenang.
Malah, beliau dilihat mengiringi pegawai JAIS keluar dari kediaman itu sejurus siasatan selesai sambil ketawa sesama mereka.
Perkembangan ini dijangka menamatkan teka teki mengenai status mereka selepas sebelum ini masing-masing enggan mengesahkan desas desus mereka telah berkahwin.-28/8/2014

1 comment:

Anonymous said...

sebabtu bila nak nikah kawin buat majlis walimatul urus ciput pun jadila supaya tidak timbil fitnah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive