Kebakaran di Ukay Perdana Ampang amat menakutkan. Api semakin marak sejak jam 9.30 malam tadi. Penduduk disekitar bimbang dengan kejadian ini
Showing posts with label tragedi.. Show all posts
Showing posts with label tragedi.. Show all posts
17 February 2014
29 December 2012
TERKINI [1.30 tghari]: Tragedi tanah runtuh Bukit Setiawangsa
KUALA LUMPUR: The collapse of a concrete embankment in Bukit Setiawangsa due to land erosion has resulted in the residents of 41 houses being evacuated.
Puncak Setiawangsa residents association assistant chairman Fauziah Jamaluddin said only homes and shoplots opposite the site would be affected.
"Other houses in the area are not affected, people can go home and move around freely," she told reporters at the scene.
23 June 2012
Seperti mati hidup semula
WARTAWAN SINAR HARIAN
23 Jun 2012
23 Jun 2012

Raju adalah mangsa terakhir yang dikeluarkan dan dia kini dirawat di Hospital Besut.
JERTIH - “Saya seperti mati hidup semula. Jika tidak segera dijumpai dan diselamatkan, pasti saya sudah tiada...” demikian kata Raju, buruh warganegara Bangladesh yang paling akhir berjaya dikeluarkan dalam runtuhan astaka di Padang Astaka, Gong Kemuntong, Jertih, kelmarin.
Dalam kejadian jam 1 petang itu, Raju, 42, bersama lima lagi rakan sekerja iaitu dua rakan senegaranya dan tiga warga Indonesia terperangkap di dalam runtuhan tersebut.
Raju yang sudah lima tahun bekerja di negara ini berkata, sebelum kejadian dia bersama dua rakan berada berdekatan, melakukan kerja menyimen pentas astaka itu, apabila tiba-tiba struktur lantai tempat dia berdiri runtuh.
“Pandangan saya gelap dan saya nampak struktur binaan terutama konkrit menghempap kami,” katanya yang ketika itu menyangka tidak akan bertemu lagi isteri dan tiga anaknya
yang berada di Bangladesh.
Dalam kejadian jam 1 petang itu, Raju, 42, bersama lima lagi rakan sekerja iaitu dua rakan senegaranya dan tiga warga Indonesia terperangkap di dalam runtuhan tersebut.
Raju yang sudah lima tahun bekerja di negara ini berkata, sebelum kejadian dia bersama dua rakan berada berdekatan, melakukan kerja menyimen pentas astaka itu, apabila tiba-tiba struktur lantai tempat dia berdiri runtuh.
“Pandangan saya gelap dan saya nampak struktur binaan terutama konkrit menghempap kami,” katanya yang ketika itu menyangka tidak akan bertemu lagi isteri dan tiga anaknya
yang berada di Bangladesh.
03 September 2011
MOGADISHU : Pengalaman ngeri krew BERNAMA TV
2011/09/03
MOGADISHU: "Saya masih tidak percaya kejadian yang menimpa kami, hakikat jurukamera saya, Noramfaizul Mohd Nor, maut akibat terkena tembakan peluru sesat pada petang Jumaat, masih belum dapat saya terima," menurut wartawan BernamaTV, Khairulanuar Yahaya.
Beliau dan Noramfaizul, 39 adalah antara 54 anggota Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia yang berlepas pada 28 Ogos lalu dan dijadual tiba di tanah air esok. Kejadian tembakan itu berlaku ketika krew BernamaTV, TV3, Astro Awani dan RTM bergerak dari pusat operasi ke asrama tempat mereka tinggal kira-kira satu kilometer, selepas membuat liputan pemberian bantuan kepada mangsa kebuluran di sekitar Mogadishu. Saya duduk di bahagian paling depan di sebelah pemandu kenderaan pacuan empat roda itu, manakala Noramfaizul duduk di bahagian paling belakang di sebelah kanan bersebelahan jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan yang turut cedera.
08 August 2011
Tragedi Cameron Highlands : 8 jam untuk keluarkan 9 mayat
CAMERON HIGHLANDS: Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa lapan jam untuk mengeluarkan semua sembilan mangsa dalam tragedi tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, di sini Ahad.
Pengarah Bomba Pahang Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata operasi bermula 6.15 petang dan ditamatkan pada 2.15 pagi tadi selepas mangsa terakhir ditemui kira-kira 1.20 pagi.
Operasi melibatkan 248 anggota dan pegawai pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, pasukan Smart dan Majlis Perbandaran Cameron Highlands, katanya kepada Bernama, di sini.
Beliau berkata sebanyak tiga jentolak digunakan untuk mengalih timbunan tanah, selain anjing pengesan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi membantu mengesan kedudukan mangsa.
Tragedi itu mengorbankan tujuh nyawa termasuk empat wanita manakala dua lagi cedera parah.
Mereka yang maut ialah Normadiah Lasik, 69, Ali Hassan, 50, Jaafar, 49, Mohd Ikbal Jaafar, 15, Sara Gunung, 37, Norma Gunung, 51, dan Yusnizan Yusof, 22, dan kesemua mayat dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Tanah Rata untuk bedah siasat.
Sementara dua yang cedera iaitu Bah Anjang Besar a/l Anjang, 39, dan Serry Priary a/p Suri, 15, dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh untuk rawatan lanjut. - mStar
29 July 2011
Wad kecemasan HKL terbakar - Seorang pesakit maut
KUALA LUMPUR, 29 Julai — Wad kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini terbakar tengah malam tadi menyebabkan seorang pesakit maut, dipercayai akibat terhidu asap tebal.
Pihak pentadbiran HKL ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu tetapi akan hanya mengeluarkan kenyataan petang ini setelah maklumat sebenar mengenai kenyataan itu diperoleh.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail, ketika dihubungi Bernama, berkata kebakaran dikatakan berlaku kira-kira pukul 12 tengah malam dan pihak bomba menerima panggilan setengah jam kemudian.
“Anggota bomba tiba tujuh minit selepas mendapat panggilan dan ketika itu petugas HKL sedang bertungkus lumus memadamkan api serta mengeluarkan asap dari bilik itu kerana cuba menyelamatkan pesakit lelaki berkenaan,” kata beliau.
01 June 2011
13 selamat, 18 hilang dalam tragdei bot karam di perairan Pengerang
Dua lagi mangsa bot karam di perairan Tanjung Ayam, Pengerang berjaya diselamatkan bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan, menjadikan yang diselamatkan setakat ini ialah 13 orang.
Menurut sumber Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)) Wilayah Selatan, enam daripada mangsa itu diselamatkan bot APMM, manakala selebihnya oleh kapal dagang, MV Huo Tuo yang berada di tempat kejadian.
22 May 2011
TERKINI Tanah runtuh : Senarai mangsa terkorban/ terselamat
Senarai mangsa tragedi tanah runtuh
2011/05/22
2011/05/22
KUALA LUMPUR: Berikut adalah senarai nama 25 mangsa yang terbabit dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat dekat sini.
Sehingga 5.30 pagi ini, semua mangsa yang tertimbus sudah dikeluarkan pasukan mencari dan menyelamat dengan 16 daripadanya terkorban dan sembilan cedera. Operasi yang bermula jam 2.45 petang semalam berakhir kira-kira 5.30 pagi ini dengan penemuan mangsa terakhir pada jam 5.05 pagi. Operasi mencari dan menyelamat disambung pada 8 pagi ini bagi membuat gerakan terakhir untuk memastikan tidak ada lagi mangsa yang terperangkap.
Berikut ialah senarai nama penuh mangsa yang diperoleh dari bilik gerakan bergerak yang dibuka di lokasi kejadian:
Enam belas yang terkorban ialah:
1) Mohd Kamarul Amizan, 11 tahun 2) Nurahimi Rosdi, 14
3) Dzahir Haziq M. Muin, 11
4) Ahmad Lokman Hakim, 11
5) Farid Ibrahim, 34
6) Mohd Azret Azahari, 8
7) Wan Ahmad Hasril Hazim, 11
8) Zahid Assawal Zamri, 19
9) Mohd Mustakim Mamat, 12
10) Mohd Naerzein M. Nor, 8
11) Mohd Aiman Abdullah, 10
12) Shahrul Nurimran Adnan, 9
13) Mohd Zaid Azahari, 14
14) Mohd Imal Fahad, 9
15) Mohd Riezman Abdul Latif, 9
16) Mohd Hazim Sapri, 10
Sembilan yang terselamat ialah:
1) Aizat Khusairi, 12
2) M. Allaudin Sobri, 14
3) M. Syatiq Ibrahim, 21
4) Khairul Anuar Nasri, 9
5) M. Harris Izuddin Sahrul, 11
6) Zulkhairi Aminuddin, 13
7) Izzuddin Abdullah, 30
8) Izuan Zakaria, 33
9) Mohd Akmal Mohd Jefri, 10
Lapan daripada mereka sedang dirawat di Hospital Ampang manakala Mohd Akmal di KPJ Kajang. - BERNAMA
Tanah runtuh : Jumlah kematian meningkat 16
HULU LANGAT: The death toll has risen to 16 after two landslides hit an orphanage here.
AP reported that 15 boys and one adult were killed in the incident while nine others survived.
It quoted district police chief Abdul Rashid Wahab Sunday, as saying that the bodies of 15 boys, aged 8 to 18, and a 34-year-old caretaker had been recovered.
Abdul Rashid said six boys and three wardens who were critically injured have been hospitalised.
He said the last victim was pulled out more than 12 hours after tons of earth crashed through the orphanage on Saturday
AP reported that 15 boys and one adult were killed in the incident while nine others survived.
It quoted district police chief Abdul Rashid Wahab Sunday, as saying that the bodies of 15 boys, aged 8 to 18, and a 34-year-old caretaker had been recovered.
Abdul Rashid said six boys and three wardens who were critically injured have been hospitalised.
He said the last victim was pulled out more than 12 hours after tons of earth crashed through the orphanage on Saturday
TERKINI Tanah Runtuh - 12 terkorban
KAJANG: Sebanyak 12 mayat berjaya dikeluarkan dari tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia, Hulu Langat yang berlaku pada pukul 2.30 petang, Sabtu.
Polis memaklumkan sehingga pukul 10.30 malam, sembilan lagi ditemui cedera termasukseorang lelaki dewasa berusia 22 tahun.
Sebanyak empat mangsa masih tertimbus dalam runtuhan itu.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba bagi meninjau tempat tragedi tanah runtuh kira-kira pukul 11.05 malam.
21 May 2011
Tanah runtuh - Maklumat terkini mengenai mangsa yang tertimbus
Kejadian tanah runtuh: Maklumat terkini mengenai mangsa yang tertimbus
Yang meninggal 1. Azrel (8) 2.Nael (8) 3. Eqim 4. Zaim 5. Rahimi 6. Angah.
Yang selamat
1. Khairul ( 9) 2. Hairis 3. Harris 4. Aizat 5. Alaudin 6. Abg Din 7. Shafiz 8.Akmal
Yang masih tertimbus
1. Riz (9) 2. Shahrul (9) 3. Boboy (10) 4. Lokman (11) 5. Fahad (9) 6. Aiman (10) 7. Hasril (11) 8. Abg Farid (34) 9. Abg Iwan (33) 10. Hazim (9)
BERITA RINGKAS TERKINI - SILA LIHAT TWITTER DI SEBELAH
Yang meninggal 1. Azrel (8) 2.Nael (8) 3. Eqim 4. Zaim 5. Rahimi 6. Angah.
Yang selamat
1. Khairul ( 9) 2. Hairis 3. Harris 4. Aizat 5. Alaudin 6. Abg Din 7. Shafiz 8.Akmal
Yang masih tertimbus
1. Riz (9) 2. Shahrul (9) 3. Boboy (10) 4. Lokman (11) 5. Fahad (9) 6. Aiman (10) 7. Hasril (11) 8. Abg Farid (34) 9. Abg Iwan (33) 10. Hazim (9)
BERITA RINGKAS TERKINI - SILA LIHAT TWITTER DI SEBELAH
Tragedi tanah runtuh: Lima maut sehingga jam 8 malam
2011/05/21
KAJANG: Polis mengesahkan sehingga jam 8 malam ini lima orang maut dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa FELCRA Semungkis, di Hulu Langat, dekat sini.Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata 12 berjaya diselamatkan daripada tempat kejadian berkenaan. Beliau berkata, pasukan penyelamat dan polis akan meneruskan operasi menyelamat sehingga menemui semua mangsa kejadian.
"Kita tidak akan berhenti dalam operasi ini, kita akan teruskan sehingga jumpa semua mangsa," katanya - BH
10 May 2011
Anak Kartika Sari sangkut celah akar
Oleh Mohd Husni Mohd Noor mhusni@hmetro.com.my
SUNGAI SIPUT: Air sungai yang surut hingga 1.5 meter membolehkan mayat Muhammad Azfar Muhammad Affandi, 9, iaitu anak lelaki sulung Kartika Sari Dewi Shukarno, 33, ditemui terapung dan tersangkut pada akar kayu di tebing Sungai Perak, awal pagi semalam.
SUNGAI SIPUT: Air sungai yang surut hingga 1.5 meter membolehkan mayat Muhammad Azfar Muhammad Affandi, 9, iaitu anak lelaki sulung Kartika Sari Dewi Shukarno, 33, ditemui terapung dan tersangkut pada akar kayu di tebing Sungai Perak, awal pagi semalam.Muhammad Azfar yang mengalami masalah pertuturan dan kecacatan akal itu dilaporkan hilang selepas keluar dari kediaman inap desa milik keluarganya di Kampung Jawang, di sini, pada tengah hari Sabtu lalu dan dipercayai terjatuh ke dalam sungai. Penemuan itu mengejutkan semua pihak berikutan sepanjang tempoh 48 jam kehilangannya, beberapa bomoh dan pengamal perubatan tradisional memberi petunjuk bahawa Muhammad Azfar hilang di dalam hutan berdekatan rumahnya sebelum petunjuk itu beralih ke arah sungai.
09 May 2011
Anak Kartika Sari Ditemui Mati Lemas Di Sungai Perak
SUNGAI SIPUT: Mayat anak sulung bekas model sambilan Kartika Sari Dewi yang dilapor hilang dua hari lepas, ditemui terapung di Sungai Perak di sini awal Isnin.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput Supt Azman Salim berkata mayat Muhammad Azfar Mohamad Afandi, 9, ditemui pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 1 pagi tadi, kira kira satu kilometer dari tempat mangsa dipercayai terjatuh.
Mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk bedah siasat dan dijangka dituntut keluarganya tengahari ini untuk dikebumikan di Kampung Jawang, Karai dekat sini, katanya ketika dihubungi.
Subscribe to:
Posts (Atom)




